Saturday, October 31, 2009

BPL : Cabaran Craven Cottage


Liverpool kembali ke kancah Liga Perdana Inggeris pada malam ini dengan membuat kunjungan kembali ke London. Setelah beraksi di Emirates pada awal pagi Khamis lalu, skuad The Reds akan berkunjung ke Craven Cottage untuk menghadapi Fulham a.k.a The Cottagers di dalam perlawanan ke 11 liga. Kita mengharapkan skuad The Reds akan dapat meneruskan rentak kemenangan selepas Berjaya menewaskan skuad syaitan merah pada minggu lepas. Liverpool akan kehilangan khidmat kapten Steven Gerrard dan juga pemain pertahanan Glen Johnson disebabkan kecederaan. Namun Liverpool akan diperkuatkan dengan kembalinya khidmat pemain tengah Argentina, Javier Mascherano yang sebelum ini digantung satu perlawanan ketika menentang skuad senapang di dalam Piala Carling awal Khamis yang lalu. Penyerang utama Liverpool, Fernando Torres dijangkakan cergas sepenuhnya untuk perlawanan ini setelah beliau direhatkan ketika menentang skuad senapang. Albert Riera masih belum pulih daripada kecederaan dan Alberto Aquilani juga dijangkakan tidak dapat beraksi kerana serangan virus. Berikut adalah barisan kemungkinan yang bakal diturunkan oleh Rafa Benitez di dalam perlawanan pada malam ini:

Formasi : 4-2-3-1

Barisan Kemungkinan :

RIENA

CARRAGHER AGGER SKRTEL INSUA

LUCAS MASCHERANO

KUYT BENAYOUN AURELIO

TORRES


Keputusan : 1-0 kemenangan kepada Liverpool. Gol dijaringkan oleh Torres

Perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro ESPN Rangkaian 812

31/10/09 Jam 1055 Malam


YNWA

Friday, October 30, 2009

Mata : Sayap Terbaru The Reds?

Pemain sayap Valencia dan juga pemain antarabangsa Sepanyol, Juan Mata telah mendedahkan bahawa pengurus Liverpool Rafa Benitez kini telah menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat beliau. Mata dilaporkan telah menolak kontrak yang telah ditawarkan Valencia pada musim panas lalu akibat isi kandungan kontrak tersebut tidak memenuhi kehendak beliau. Agen beliau yang juga ayahnya iaitu Juan Mata Snr mahu Valencia lebih mengiktiraf bakat yang ada pada pemain muda ini dan ianya bukan semata-mata soal kewangan sahaja. Kegagalan Valencia menawarkan kontrak yang lebih baik dikatakan berpunca daripada kedudukan kewangan mereka yang kini semakin meruncing. Disebabkan keadaan ini tawaran yang hadir untuk pemain berusia 21 tahun ini amat sukar untuk ditolak oleh Valencia. Walaupun mempunyai kontrak sehingga 2012 dan dibayar 10 ribu pound seminggu oleh Valencia, Liverpool dijangka akan hadir dengan tawaran 16.5 juta pound untuk pemain sayap ini seawal bulan Januari 2010 apabila urusan perpindahan pemain dibuka semula. Valencia pasti tidak mahu menanggung kerugian yang lebih besar jika mereka lambat untuk menjual Mata dan jika rundingan untuk kontrak baru masih gagal mencapai kata sepakat, besar kemungkinan Mata akan dilepaskan untuk menyertai pasukan baru nanti.

Namun buat masa ini Mata mengakui Rafa Benitez adalah pengurus yang memiliki reputasi yang baik tetapi beliau hanya mahu menumpukan perhatian beliau kepada tugas di atas padang dan semua urusan berkaitan perpindahan beliau akan diuruskan oleh kelab dan juga agennya. Jika Liverpool berjaya mendapatkan Mata, dijangkakan karier bolasepak seorang lagi pemain sayap Liverpool dari Holland iaitu Ryan Babel akan berakhir. Saya menjangkakan Liverpool tidak mempunyai masalah untuk membayar gaji lebih daripada 10 ribu pound seminggu untuk Mata. Namun semuanya terpulang kepada Mata untuk menentukan arah tuju karier bolasepaknya kerana banyak kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau termasuklah Barcelona dan juga Real Madrid (kelab lama beliau). Adakah beliau akan tiba di Anfield pada Januari 2010 nanti? Sama-sama kita saksikan satu lagi episod perjalanan karier pemain muda Sepanyol yang berbakat dan mempunyai masa depan yang cukup cerah ini. Jika Rafa berjaya mendapatkan beliau maka akan bertambah lagi seorang pemain yang mampu membuat umpanan kepada Torres dan Gerrard di bahagian hadapan Liverpool selain Mata sendiri yang mampu menjaringkan gol.


YNWA

Thursday, October 29, 2009

Reina : Kontrak Baru Untuk Kamu

Liverpool hari ini telah mengumumkan mereka kini bersedia untuk menawarkan kontrak baru kepada penjaga gol utama, Jose Reina dengan matlamat untuk memastikan beliau kekal untuk jangka panjang di Anfield. Penjaga gol berusia 27 tahun ini masih mempunyai baki 3 tahun daripada baki kontrak 5 tahun yang ditandatangani beliau pada tahun 2007. Namun dengan polisi kelab yang tidak akan membiarkan pemain utama memasuki 2 tahun terakhir kontrak meraka untuk melakukan rundingan, Liverpool kini mahu mengadakan rundingan dengan Reina sama seperti yang telah dilakukan dengan pemain-pemain utama yang lain seperti Steven Gerrard, Fernando Torres, dan Yossi Benayoun yang telah menandatangani kontrak jangka panjang mereka pada musim panas yang lepas. Rundingan di antara Liverpool dan wakil Reina dijangka akan bermula di dalam masa beberapa minggu ini dan persetujuan djangka akan dicapai seawal tahun hadapan. Penjaga gol antarabangsa Sepanyol ini telah membuktikan kemampuan beliau adalah berbaloi dengan harga 6 juta pound yang dibayar oleh Liverpool kepada Villareal pada tahun 2007. Reina kini telah mengatasi pencapaian penjaga gol lagenda Liverpool iaitu Ray Clemence dan Bruce Grobbelaar iaitu 79 rekod tanpa bolos di dalam 150 perlawanan berbanding 69 yang dimiliki oleh kedua-dua lagenda tersebut. Reina juga dikatakan telah menarik minat bekas kelab lamanya Barcelona pada musim panas yang lepas.

Pengurus Liverpool, Rafa Benitez mahu Reina terus memberikan komitmen beliau kepada Liverpool dengan kontrak baru ini. Rafa juga kini menimbangkan akan menawarkan kontrak baru kepada pemain Brazil iaitu Fabio Aurelio yang baru sahaja dipanggil untuk menganggotai skuad antarabangsa negaranya untuk perlawanan persahabatan dengan England pada bulan depan. Aurelio akan tamat kontraknya pada musim panas ini dan Rafa perlu bertindak pantas untuk memastikan pemain Brazil ini kekal di Anfield. Reina dalam pada itu percaya kemenangan 2-0 ke atas syaitan merah akan kembali menyemarakkan cabaran pasukan Merah dari Merseyside ini di dalam usaha mereka merampas kembali kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim yang cukup terbuka buat pertama kalinya di dalam masa 5 tahun.


YNWA

Wednesday, October 28, 2009

LFC : Suatu Petang Di Anfield Road

Di suatu petang yang tenang di Anfield Road, kelihatan dua orang personaliti yang cukup sinonim dengan Liverpool FC. Mereka adalah pemain dan pegurus lagenda Liverpool iaitu Kenny Dalglish dan penyerang utama Liverpool Fernando Torres. Mereka kelihatan amat ceria pada petang tersebut. Mungkin masih gembira dengan kemenangan Liverpool ke atas musuh tradisi syaitan merah pada hari Ahad yang lepas. Mereka berdua sebenarnya sedang menghadiri satu sesi bergambar untuk sebuah akhbar terkemuka di London, yang mana Anfield Road telah dipilih lokasi untuk sesi bergambar tersebut. Di dalam kesibukan bergambar itu, kedua-dua personaliti ini sempat bertukar-tukar pendapat mengenai kedudukan Liverpool sekarang ini. Berikut adalah rakaman perbualan mereka pada petang tersebut :

Kenny : “Waaa nampak ceria aja ari ni Nino?”
Torres : “Mesti la King, wa punya hepi tak abis-abis lagi ni. Hehehe!”
Kenny : “Hepi? Masih sambung gumbira menang game hari Ahad aritu ka?”
Torres : “Yup. Memang hepi tak abis lagi ni. Tak caya try tanya fans. Wa berani cakap suma masih senyum tak abis-abis lagi ni. Hehehe!” sambil meneruskan senyuman beliau.
Kenny : “Lama betul hepi dah nak masuk tiga hari kita menang kat Anfield aritu.”
Torres : “Mesti la King, Bukan selalu nak rasa camni. Lagipun kita menang dengan team kunun2nya kuat. Wa ada baca gak sebelum game, macam-macam caci maki yang diaorang tulis, siap ada yang tahap pemikiran orang utan cakap Liverpool akan kena belasah 8-0.”
Kenny : “Biasa la fans syaitan merah. Memang camtu mentaliti diaorang. Cakap main suka ati mulut busuk diaorang aja. Pikir guna kepala lutut agaknya.”
Torres : “Tapi kita dah buktikan Liverpool mampu menang game tu. Senyap sunyi gelap masa depan fans setan merah. Tu la cakap guna otak la lain kali. Punya la berlagak sebelum game.”
Kenny : “Lantak pi kat diaorang la Nino. Baling bola dan belon atas padang macam sarkas, mungkin fans diaorang ni peminat sarkas tegar kot. Mungkin selalu tengok player dan manager diaorang buat sarkas kat atas padang.”
Torres : “Mungkin betul jugak tu King, sebab selalu sangat diaorang main sarkas ada la peluang untuk wa score sebijik dalam game tu. Hehehe!”

Sedang sibuk make up artist membuat persediaan ke atas mereka, tiba-tiba Kenny mengajukan soalan,
Kenny : “Eh bukan ker game vs syaitan merah sebelum ni ko ada score kan Nino?”
Torres : “Betul2 wa ada score game away musim lepas masa kita belasah diorang 4-1. Menangis tak berlagu time tu. Macam2 kuar time tu King, siap nak belasah kita kununnya nak balas dendam la.”
Kenny : “Oh yer ke? Angin kus-kus betul diaorang yer. Hehehe!”
Torres : “Mamber2 dalam team termasuk big boss Rafa tak amik pot sangat pasal diaorang. Kita tumpukan pada game kita aja, itu lebih penting King.”
Kenny : “Betul tu betul, apa orang mau kata, lantak la diaorang. Bagi kita lawan dulu atas padang pastu baru gebang. Hehehe!”
Torres : “Musim masih panjang dan game banyak lagi. Perjuangan kita masih belum selesai.”

Kemudian kedua-dua personaliti ini keluar ke Anfield Road untuk sesi bergambar dengan jurugambar akhbar terbabit.
Kenny : “Ko main tak game vs skuad senapang dalam Carling Cup nanti Nino?”
Torres : “Tak kot King, big boss suruh rehat, fitness pun belum 100% lagi. Big boss nak pastikan wa fully fit dan ready untuk game dengan Fulham Sabtu nanti.”
Kenny : “Sapa lagi yang tak fit Nino?”
Torres : “Wa dengar banyak yang main game lawan syaitan merah tu akan direhatkan termasuklah Gerrard dan Johnson.”
Kenny : “Abis tu sapa yang turun nanti Nino?”
Torres : “Budak–budak muda kita kot King. Tapi rasanya ada la player senior kita yang terlibat seperti Dossena dan juga Babel.”
Kenny : “Wa nak tengok si Martin Kelly tu main game tu la Nino. Bagus betul prospek masa depan mamat ni.”
Torres : “Mungkin dia ada kalu dah ok daripada kecederaan aritu.”
Kenny : “Kita tengak apa percaturan Rafa ari Rabu nanti Nino.”

Selepas tamatnya perbualan tersebut, kedua-dua personaliti Liverpool ini meneruskan sesi bergambar sehingga hari menggamit senja. Banyak juga gambar yang diambil, letih dibuatnya mereka berdua. Untuk menghilangkan rasa letih tersebut, Kenny telah mengajak Torres melayan Koteow Kerang Anfield Road yang dikendalikan oleh salah peminat Liverpool yang berasal dari Penang tapi sudah lama menjalankan business di Merseyside iaitu Udin Jambul. Memang best pekena Koteow Kerang dan Air Kelapa di kala kesejukan senja semakin menghimpit penghuni kota Merseyside.

*Hanya sekadar imaginasi penulis, Kenny dan Torres tidak terbabit di dalam mana-mana dialog di atas. Sekadar hiburan buat rakan-rakan peminat.


YNWA

Tuesday, October 27, 2009

BPL : Pahlawan Merah Bangkit Di Anfield


Gembira tidak terucap dan saya masih tidak tahu cara terbaik untuk meluahkannya. Gembira kerana pasukan kita bermain dengan cukup bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan ke atas skuad syaitan merah semalam. Seronok membaca komen-komen rakan-rakan peminat di forum dan juga blog. Saya amat pasti anda semua akan terus tersenyum puas di sepanjang minggu ini. Tidak ketinggalan membaca ulasan daripada media internet tentang perlawanan tersebut. Sungguh kelakar jadinya kerana semalam banyak media yang menidakkan peluang Liverpool untuk menang di Anfield tetapi hari ini terbalik pula jadinya. Media memang sikap mereka sebegitu dan hanya pentingkan rating pembaca serta duit sahaja. Biarkan mereka terjun dengan labu-labunya. Saya memang hanya membaca tetapi untuk percaya tidak sama sekali. Percaya hanya kepada media Liverpool yang sentiasa memberikan liputan terbaik buat pasukan kita. Tak kira menang atau kalah, media-media Liverpool ini sentiasa bersikap positif di dalam memberikan ulasan mereka.

Apa yang boleh saya rumuskan daripada perlawanan hebat di Anfield semalam? Yang paling mudah ialah Rafa telah menurunkan kesebelasan yang telah lama diinginkan peminat dan percaturan beliau ini hanya dicacatkan oleh kecederaan yang dialami oleh kapten Liverpool Steven Gerrard sahaja. Selain daripada bermain dengan penuh bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk mengatasi kemarau kemenangan sebelum ini, serangan yang bertali arus daripada pemain-pemain Liverpool daripada awal hingga ke akhir permainan telah membuktikan bahawa kita mampu bermain dengan corak permainan yang menarik di atas padang. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan peminat di Anfield serta di seluruh dunia yang menjadi pemain ke 12 di dalam pertempuran epik semalam. Inilah semangat yang kita mahukan, sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Liverpool FC. Oh ya, terima kasih di atas tindakan bodoh peminat syaitan merah yang membaling bola dan belon ke dalam padang. Sungguh memalukan kerana hanya setakat itu sahaja rupanya mentaliti peminat syaitan merah. Ini padang bolasepak bukannya sarkas untuk peminat, pemain dan pengurus syaitan merah berpesta. Jangan kerana hendak menyakitkan hati Liverpool, sanggup memperbodohkan diri sendiri. Ok cukuplah mengenai mereka, tidak penting untuk pasukan kita pun. Berbalik kepada kesebelasan utama pemain yang diturunkan oleh Rafa semalam, berikut adalah ulasan mengenai seorang demi seorang pemain Liverpool yang beraksi bagai pahlawan di atas padang Anfield semalam :

Jose Reina
Penjaga gawang utama Liverpool ini bermain agak baik di perlawanan ini dengan berjaya menangkis beberapa percubaan bahaya dari penyerang syaitan merah. Reina kelihatan selesa untuk bermain dengan penuh keyakinan apabila rakan-rakan di barisan pertahanan beliau bermain dengan baik. Yang menariknya beliau berlari sehingga ke hujung padang umpama Usain Bolt ketika meraikan gol kedua oleh Ngog.
Rating : 7

Glen Johnson
Kita semua tahu yang beliau belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan. Semalam jelas kelihatan kecergasan Johnson belum mencapai tahap 100%. Ini menyebabkan beliau kurang menyerang semalam dan banyak menumpukan perhatian kepada tugas bertahan (mungkin diarahkan oleh Rafa berbuat sedemikian). Beraksi dengan baik dan mampu menghalang pergerakan Giggs daripada melakukan umpanan berbahaya ke arah pintu gol Liverpool.
Rating : 7

Emiliano Insua
Kekurangan daya pecutan menyebabkan Insua gagal bermain dengan baik untuk menghalang Valencia daripada membuat banyak umpanan kepada bahagian depan skuad syaitan merah. Kepantasan Valencia hampir-hampir memecahkan pertahanan Liverpool dari sebelah kiri. Namun apabila bermula sahaja separuh masa kedua, permainan beliau meningkat dan dibantu oleh Aurelio, ancaman Valencia hampir diminimakan. Kena belajar lari pecut dengan Reina yang gurunya adalah Usain Bolt!
Rating : 7

Daniel Agger
Permain pertahanan Denmark yang baru pulih dari kecederaan belakang. Permainan beliau semakin hari semakin meningkat. Begitu juga dengan kecergasan beliau. Diharapkan beliau tidak lagi cedera selepas ini. Pada perlawanan ini beliau bertindak menjadi pelengkap kepada Carragher dimana menjadi penghalang utama kepada penyerang skuad syaitan merah daripada membuat banyak percubaan ke arah pintu gol Liverpool. Juga menghasilkan beberapa tandukan daripada sepakan sudut yang diperolehi Liverpool namun gagl disambar oleh rakan-rakan. Pilihan yang lebih baik daripada Skrtel jika Liverpool mendapat sepakan sudut.
Rating : 8

Jamie Carragher
Menggalas tanggungjawab sebagai ketua pasukan semalam dan beliau melakukannya dengan begitu baik sekali. Pada perlawanan ini, Carragher telah kembali kepada tahap permainan terbaik beliau yang telah ditunggu-tunggu oleh peminat Liverpool. Bentesan dan clearance tepat yang dilakukan beliau amatlah efisen untuk menghalang penyerang skuad syaitan merah daripada membuat percubaan ke arah pintu gol Liverpool. Beliau juga berjaya menghalang pemain-pemain skuad syaitan merah daripada mempengaruhi pengadil perlawanan. Insiden dengan petualang Merseyside? Bentesan bersih dari Carragher kerana kaki beliau mengenai bola. Benar kata beliau sebelum perlawanan, kami akan menunjukkan karekter sebenar pada perlawanan ini.
Rating : 9

Dirk Kuyt
Mr Marathon Liverpool ini seperti biasa dengan permainan tahap stamina tinggi beliau yang tidak menghampakan. Mempunyai beberapa peluang yang baik untuk menjaringkan gol tetapi semalam bukanlah hari beliau. Kerajinan beliau menyebabkan Evra tidak cukup kaki dan tangan untuk menghalang pergerakan pemain Holland ini. Juga membantu Johnson menghalang Giggs dan juga Evra di sebelah kanan pintu gol Liverpool. Banyak membantu Torres, Benayoun serta Aurelio di dalam barisan serangan Liverpool.
Rating : 8

Fabio Aurelio
Pemain pertahanan kiri dari Brazil ini diberi tugas bermain di sayap kiri pada perlawanan semalam. Beliau menggantikan Albert Riera yang mengalami kecederaan. Setelah menunjukkan prestasi yang baik semasa masuk menggantikan Gerrard di perlawanan menentang Lyon tempohari, semalam Aurelio membuktikan beliau adalah antara pemain terbaik Liverpool di atas padang. Tendangan percuma beliau dan juga tandukan beserta dengan sepakan sudut beliau hampir-hampir membolosi pintu gol skuad syaitan merah. Banyak membantu Insua untuk merantai pergerakan Valencia di bahagian kiri pintu gol Liverpool. Beliau pernah berkata mahu bermain sebaik mungkin pada msuim ini bagi mendapatkan kontrak baru dengan Liverpool. Diharapkan beliau tidak lagi mengalami kecederaan selepas ini dan bermain dengan lebih baik pada perlawanan-perlawanan akan datang.
Rating : 9

Javier Mascherano
Kapten Argentina ini walaupun diselubungi dengan kontroversi masih mampu bermain dengan baik. Setelah berjaya membantu Argentina layak ke Piala Dunia 2010, Mascherano kelihatan lebih fokus di dalam permainan beliau di atas padang. Persembahan mantap beliau dengan bentesan yang tepat serta berjaya menguasai bahagian tengah bersama-sama dengan Lucas jelas menyebabkan Carrick serta Scholes hilang punca ketika berdepan dengan gandingan ini. Adakah saya kehilangan sesuatu sebelum ini? Sedikit mengecewakan apabila beliau mendapat kad merah setelah membuat bentesan ke atas penjaga gol skuad syaitan merah.
Rating : 8

Lucas Leiva
Pemain tengah Brazil ini mempamerkan persembahan terbaik beliau pada musim ini. Walaupun masih banyak ruang yang boleh diperbaiki, Lucas telah menunjukkan komitmen 110% pada perlawanan ini. Perlu belajar untuk melakukan bentesan tepat, melakukan umpanan tepat dan juga sepakan tepat jika mahu berjaya sebagai pemain tengah Liverpool. Beliau juga harus kurangkan tabiat suka melakukan umpanan ke belakang yang jelas kurang faedahnya kepada Liverpool. Namun tidak dinafikan kesungguhan beliau turut mendatangkan masalah kepada bahagian tengah skuad syaitan merah. Umpanan beliau kepada penyerang muda David Ngog membolehkan gol kedua dijaringkan dan beliau meraikan gol tersebut dengan penuh kegembiraan. Beliau mahu membuktikan sesuatu kepada peminat-peminat Liverpool?
Rating : 8

Yossi Benayoun
Pemain tengah yang cukup jarang menghampakan apabila diturunkan di kesebelasan utama. Benayoun yang bermain sebagai penyerang sokongan kepada Torres di dalam perlawanan ini cukup berkesan serta kreatif untuk memecahkan benteng pertahanan skuad syaitan merah. Umpanan menarik beliau kepada Torres membolehkan penyerang utama Liverpool menjaringkan gol pertama Liverpool pada minit ke 65 setelah berjaya mengatasi asakan Ferdinand dan memastikan Anfield kembali gegak gempita dengan sokongan peminat. Banyak gerakan dari pemain bertubuh kecil ini sukar dikawal oleh Vidic dan juga Ferdinand. Rafa anda masih menyimpan pemain ini di dalam almari di Anfield?
Rating : 9

Fernando Torres
Apa lagi yang boleh saya katakan tentang penyerang hebat Liverpool ini? 80% kercergasan tetapi 100% berbahaya seperti kata beberapa media di internet. Torres yang tidak cergas sepenuhnya pada perlawanan ini namun Rafa terpaksa memanggil penyerang utama Liverpool ini untuk mengetuai bahagian serangan Liverpool. Dan keputusan tersebut dibuat di dalam bas semasa perjalanan mereka ke Anfield pada hari perlawanan. Ianya diakui sendiri oleh Rafa. Hasilnya? Torres berjaya menjaringkan gol pertama Liverpool pada minit ke 65 di dalam perlawanan ini apabila beliau berjaya menewaskan Ferdinand dan juga van Der Sar di pintu gol syaitan merah. Kehadiran beliau juga telah menyebabkan barisan pertahanan syaitan merah tidak cukup tangan dengan Vidic serta Ferdinand kelam kabut dibuatnya. Sehinggakan beberapa kali Vidic terpaksa mengasari Torres dan beliau diberikan kad kuning pertama sebelum dihantar pulang dengan kad kuning kedua (kad merah secara automatik) kerana menjatuhkan Kuyt. Ini merupakan gol kesembilan penyerang utama Liverpool ini pada musim 09/10 ini. Lebih menarik Torres turut melakukan satu defensif header yang menghalang bola daripada disambar oleh Berbatov.
Rating : 9

David Ngog
Penyerang muda Perancis yang masuk menggantikan Torres ini berjaya menjaringkan gol kedua Liverpool dan seterusnya memadamkan terus api perjuangan skuad syaitan merah. Beliau menerima umpanan daripada Lucas sebelum melakukan percubaan yang berjaya menewaskan van Der Sar. Memerlukan lebih banyak pendedahan untuk menjadi penyerang sokongan kepada Torres. Perlawanan ini adalah contoh terbaik untuk Ngog menimba pengalaman.
Rating : 7

Martin Skrtel
Pemain pertahanan tengah Slovakia ini masuk menggantikan Benayoun di dalam usaha Rafa untuk memperkuatkan benteng pertahanan Liverpool. Melakukan tugas dengan baik walaupun hanya beraksi tidak sampai 10 minit di atas padang. Berjaya membantu Carra dan Agger menyerap asakan berani mati skuad syaitan merah di akhir-akhir perlawanan.
Rating : 7

Rafa Benitez
Dengan dihimpit segala tekanan selepas Liverpool mengalami kemerosotan prestasi, pengurus Liverpool ini akhirnya berjaya membimbing anak-anak buahnya untuk bangkit mencapai kemenangan. Lebih bermakna, kemenangan tersebut dicatat ke atas musuh tradisi iaitu skuad syaitan merah. Rafa seperti yang kita semua kenali masih mengamalkan pendekatan satu demi satu perlawanan sehingga ke hari ini. Beliau kini akan memperolehi khidmat pemain-pemain utama beliau seperti Agger, Aurelio, Aquilani, Torres dan juga Gerrard yang kini akan pulih sepenuhnya daripada kecederaan. Kita berharap agar Rafa dapat membawa 1-2 pemain baru bila urusan perpindahan akan dibuka semula pada bulan Januari 2010 nanti.
Rating : 9


Tanpa kapitan Gerrard kita masih mampu menewaskan skuad syaitan merah ini. Anda dapat bayangkan apakah yang boleh dilakukan oleh skuad Liverpool ini jika kita mampu mendapatkan khidmat beliau bersama-sama dengan Alberto “Aquaman” Aquilani dan juga Albert Riera di dalam perlawanan akan datang. Walaupun ramai yang mengatakan ini hanya satu sahaja kemenangan kepada Liverpool dan kita akan kembali tersungkur selepas ini. Itu pendapat mereka yang memang mahu melihat kejatuhan Liverpool.dan mereka yang takut dengan kebangkitan The Reds. Bukan saya mahu bercakap besar tetapi keyakinan ini lahir setelah pemain-pemain utama Liverpool akan kembali cergas menjelang minggu hadapan. Dan kita bakal melihat kemunculan sulung, pemain tengah Liverpool dari Itali, Alberto “Aquaman” Aquilani setelah kita semua sabar melihat beliau pulih daripada kecederaan. Saya pasti kita kini lebih bersedia untuk terus mengibarkan cabaran pada musim ini. Perlawanan menentang skuad senapang di dalam Piala Carling rabu ini? Bagi saya lebih baik memberi ruang kepada pemain-pemain muda seperti Martin Kelly untuk beraksi. Berikan rehat yang secukupnya kepada pemain-pemain utama kita yang amat memerlukannya. Kita perlu bersedia sepenuhnya untuk perlawanan menentang Fulham sabtu nanti, masih anda semua ingat betapa liatnya skuad Fulham ini untuk kita tundukkan melalui jaringan Benayoun pada musim lepas? Dan mereka berjaya mengikat citeh pada minggu lepas setelah ketinggalan 2-0. Cukup untuk membayangkan tugas berat buat skuad The Reds di Craven Cottage nanti. Kisah dua petualang Merseyside? Tidak perlu saya ceritakan, dalam erti kata mudah, kita semua tahu apa nasib mereka berdua di dalam perlawanan itu.


YNWA

Monday, October 26, 2009

LFC : Kemenangan Yang Berharga

Tahniah kepada semua rakan-rakan. Bergembiralah dengan kemenangan yang cukup berharga ini. Saya akan kembali dengan ulasan penuh selepas ini. Kali ini saya mahu ucapkan tahniah kepada semua peminat LIVERPOOL FC !!! Kita telah berjaya membuktikan bahawa dengan bersatu di belakang pasukan, kita mampu untuk bangkit untuk mencapai kemenangan !!! Sekali lagi TAHNIAH UNTUK SEMUA LIVERPUDIANS !!!!


YNWA

Sunday, October 25, 2009

Rafa : Memburu Kemenangan Ke 114


Pengurus Liverpool, Rafa Benitez pada malam ini akan mengetuai anak-anak buahnya buat skali ke 200 di dalam pertempuran epik dengan musuh tradisi syaitan merah di Anfield. Di sini saya akan kemukakan statistik penuh yang dikeluarkan oleh laman rasmi liverpoolfc.tv mengenai rekod kemenangan di dalam 200 perlawanan pertama yang dipegang oleh pengurus Liverpool ini berbanding dengan pengurus-pengurus lain di Liga Perdana Inggeris :

Rafa Benitez memenangi 113 perlawanan daripada jumlah keseluruhan 199 perlawanan semenjak beliau mengambil alih Liverpool pada 2004 dengan peratus kemenangan pada 56.8%.

Pengurus skuad syaitan merah hanya memenangi 87 daripada 200 perlawanan pertama beliau semenjak menjadi pengurus pada 1986. Peratusan kemenangan ialah 43.5% dan mengambil masa 7 tahun untuk memenangi gelaran liga yang pertama.

Pengurus skuad senapang, Arsene Wenger mempunyai rekod yang lebih baik memenangi 110 perlawanan daripada 200 perlawanan pertama beliau. Peratus kemenangan Wenger adalah pada 55%.

Hanya Kenny Dalglish yang mempunyai rekod yang lebih baik daripada Rafa sebagai pengurus Liverpool. King Kenny telah memenangi 120 perlawanan daripada 200 perlawanan pertama beliau sebagai pengurus Liverpool. Peratus kemenangan King Kenny adalah 60%.

Manakala rekod bekas pengurus-pengurus Liverpool sebelum ini di dalam 200 perlawanan pertama mereka adalah Bob Paisley dengan 113 kemenangan (56.5%), Bill Shankly dengan 106 kemenangan (53%) dan Gerard Houllier dengan 101 kemenangan (50.5%).

Misi kita semua pada malam ini adalah untuk berdiri di belakang Rafa bagi mencapai kemenangan ke 114 beliau. Kita turun sebagai underdog pada malam ini kerana hampir semua media di dunia ini (selain media Liverpool) menafikan kita akan menang di Anfield. Biarkan apa yang mereka katakan, kita semua memang tahu serta masak dengan perangai media-media ini. Biarkan mereka berbunyi dahulu dan kita di kem Liverpool tumpukan fokus kita untuk menyokong pasukan kita di Anfield nanti.Bagi saya biar corak permainan kita yang menjadi jawapan kepada mulut-mulut yang busuk ini. Kepada Rafa, kami semua mahukan kemenangan ke 114 dan kami semua akan bersama-sama anda pada malam ini. Kita semua adalah Liverpool FC dan kita semua tidak sedikit pun takut kepada cabaran! Ayuh tundukkan syaitan merah pada malam ini!


YNWA

Saturday, October 24, 2009

BPL : Pertempuran Epik Di Anfield

Saya sebenarnya sedikit berbelah bagi untuk menulis preview menjelang perlawanan Liverpool menentang skuad syaitan merah di Anfield. Bukan kerana saya takutkan kritikan daripada rakan-rakan sekalian tetapi ianya lebih kepada rasa gusar. Gusar kerana saya tidak mahu rakan-rakan sekalian terlalu mengharapkan kemenangan selepas membaca artikel yang saya tulis. Jangan salah anggapan rakan-rakan sekalian, saya juga mahukan kemenangan untuk mengakhiri kemarau yang telah melanda pasukan kita semenjak kebelakangan ini. Rakan-rakan sekalian, kemenangan amat diperlukan oleh kita semua di Liverpool. Namun sedikit nasihat daripada saya, bersederhanalah kita di dalam mengharapkan kemenangan kerana jika kita gagal (saya tidak mahu gagal) pada hari Ahad nanti masih ada ruang untuk kita bersabar dengan Liverpool. Bersederhana bukan bermakna kita telah mengangkat bendera putih awal-awal lagi, tidak sama sekali! Kita masih ada lebih 90 minit untuk berjuang di atas padang Anfield dan tewas sebelum berjuang berhabis-habisan bukanlah satu pilihan. Rakan-rakan sekalian, saya meneruskan penulisan saya untuk preview menjelang perlawanan skuad syaitan merah disebabkan rasa tanggungjawab saya sebagai seorang peminat Liverpool. Telah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan kita semua tetap bersemangat untuk menyokong sepenuhnya Liverpool pada hari Ahad nanti. Kita ketepikan sementara segala masalah yang melanda Liverpool dan bersama-sama kita memberikan sokongan padu tanpa berbelah bagi pada hari Ahad ini di Anfield.

Dengan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada peminat, pengurusan serta barisan lagenda Liverpool, Rafa akan mengetuai anak-anak buahnya turun berperang di Anfield pada hari Ahad nanti. Yang menariknya pada perlawanan yang penting ini, Liverpool perlu bangkit daripada kemerosotan prestasi dan lawan yang hadir di Anfield tidak lain tidak bukan ialah musuh tradisi iaitu skuad syaitan merah yang pasti mahu mencalarkan lagi rekod Liverpool. Mereka yakin untuk menewaskan Liverpool di Anfield. Betulkah begitu atau hanya permainan psikologi yang cuba dicetuskan bagi menyedapkan hati mereka? Bagi saya, bagus mereka berasa sedemikian. Biarlah mereka semua berasa terlebih yakin yang pasti akan memakan diri mereka sendiri nanti. Biarlah mereka anggap Liverpool yang bakal mereka hadapi pada hari Ahad ini adalah Liverpool sama yang tewas dengan Lyon sebelum ini. Bak kata seorang rakan blogger, biarkan mereka bergembira dahulu, Ahad ini kita pasti akan mengajar mereka cara bermain bola yang sebenarnya. Ingat di dalam bolasepak, tiada yang mustahil. Sebelum saya terlupa, perlawanan hari Ahad ini juga akan menyaksikan kepulangan dua petualang Merseyside, seorang dilaporkan sedang bergelut dengan kecederaan dan seorang lagi mungkin berada di bangku simpanan. Sama-sama kita saksikan reaksi menarik rakan-rakan peminat di Anfield nanti.

Menurut pengurus Liverpool Rafa Benitez, anak-anak buah beliau kini cukup bersedia untuk perlawanan pada hari Ahad nanti. Rafa telah mengadakan sesi latihan tambahan untuk anak-anak buahnya di dalam usaha beliau untuk memperbaiki prestasi Liverpool. Menurut Rafa, Liverpool memerlukan satu kemenangan untuk menyemarakkan kembali perjuangan pada musim ini dan tiada yang lebih baik selain daripada mencapai kemenangan ke atas musuh tradisi pada hari Ahad nanti. Rafa yang sudah cukup masak dengan persaingan sengit di antara dua kelab ini pasti mahu menghadiahkan kemenangan bermakna buat semua peminat-peminat Liverpool di Anfield dan juga di seluruh dunia. Berita baik buat kita semua di mana penyerang utama Fernando Torres dan juga pemain pertahanan kanan Glen Johnson hampir pasti menyertai kesebelasan utama Liverpool pada hari Ahad nanti. Manakala keadaan kapten Steven Gerrard masih belum dapat dipastikan. Walaubagaimanapun, Rafa akan memberikan masa yang sebanyak mungkin untuk ketiga-tiga pemain utama Liverpool ini untuk pulih sepenuhnya menjelang pertemuan pada hari Ahad nanti. Saya agak lega jika Johnson dan Torres dapat beraksi di kesebelasan utama Liverpool nanti. Jika kita mendapat khidmat Gerrard pada hari Ahad nanti untuk mengetuai rakan-rakannya, itu adalah bonus tambahan untuk Liverpool. Jika tidak cergas sepenuhnya, beliau mungkin boleh mengisi bangku simpanan dan diturunkan pada separuh masa kedua. Dan jangan kita lupakan sama sekali kepada pemain tengah Liverpool dari Roma iaitu Alberto “Aquaman” Aquilani. Beliau yang kini semakin menghampiri kecergasan sepenuhnya turut mempunyai peluang untuk mengisi bangku simpanan nanti. Sedikit berita kurang baik yang diterima adalah Albert Riera dan juga Martin Kelly serta Sotorios Kyrgiakos masih dihimpit kecederaan. Pemain pertahanan tengah kita iaitu Daniel Agger juga semakin hari semakin bertambah baik kecergasan serta permainannya setelah pulih dari kecederaan belakang. Di dalam erti kata mudah, kita hampir pasti dapat menurunkan kesebelasan utama terbaik pada hari Ahad nanti. Berikut adalah barisan kemungkinan kesebelasan utama yang bakal diturunkan oleh Rafa di atas padang Anfield :

Formasi : 4-2-3-1

Barisan Kemungkinan :

RIENA

JOHNSON AGGER CARRAGHER AURELIO

LUCAS MASCHERANO

KUYT GERRARD BENAYOUN

TORRES


Keputusan : 2-0 kemenangan kepada Liverpool. Gol dijaringkan oleh Torres dan Johnson

Perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro ESPN Rangkaian 812

25/10/09 Jam 0955 Malam

YNWA

Friday, October 23, 2009

LFC : Rush, Hansen, McMahon Dan Dalglish Bersuara




Empat Lagenda Liverpool iaitu Ian Rush, Alan Hansen, Steve McMahon dan Kenny Dalglish, hari telah menyeru semua peminat Liverpool samada di Anfield dan juga di seluruh dunia supaya bangkit menyatakan sokongan kepada pengurus serta pemain-pemain Liverpool menjelang perlawanan penting pada hari Ahad ini. Keempat-empat lagenda Liverpool ini berpendapat kini sudah tiba masanya para peminat Liverpool bersatu untuk membantu kelab gergasi Merseyside ini keluar daripada kemerosotan prestasi ini. Rush amat yakin para peminat Liverpool pasti akan menyokong sepenuhnya pasukan mereka di Anfield pada hari Ahad nanti. Namun menurut Rush, semuanya tidak akan bermakna jika pemain-pemain yang diturunkan oleh pengurus di atas padang gagal untuk beraksi pada tahap terbaik mereka untuk memenangi perlawanan tersebut. Tambah Rush semuanya bergantung kepada pemain yang bakal diturunkan nanti, pengurus telah melaksanakan tugas dengan memilih pemain terbaik untuk perlawanan tersebut. Rush amat yakin dengan kerjasama daripada semua pihak, Liverpool pasti akan kembali bangkit ke prestasi terbaik sedikit masa nanti.

Manakala lagenda Liverpool yang berpengalaman selama 14 tahun sebagai pemain dan pengurus Liverpool, Kenny Dalglish pula memberitahu, pihak pengurusan Liverpool kini berdiri teguh di belakang Rafa Benitez dan percaya beliau akan membawa Liverpool keluar daripada kemerosotan prestasi ini. Dalglish juga percaya para penyokong Liverpool akan memainkan peranan mereka pada hari Ahad nanti untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada pemain di atas padang supaya mereka dapat beraksi pada tahap terbaik. Berdasarkan pengalaman beliau sebagai pemain dan pengurus, Dalglish berpendapat kedua-dua pihak tersebut mempunyai keyakinan dan kepercayaan di antara satu sama lain. Dalam perkataan yang lebih mudah, pengurus perlu mempunyai keyakinan serta kepercayan kepada pemain dan begitu juga pemain harus yakin serta percaya kepada pengurus. Dalglish seperti juga Rush berpendapat, adalah amat penting untuk semua pihak di Liverpool bersatu untuk membawa kelab ini keluar daripada kemerosotan prestasi terburuk di dalam masa 22 tahun.

Sementara itu, seorang lagi lagenda Liverpool iaitu bekas pemain pertahanan tengah, Alan Hansen pula berpendapat Liverpool bakal melakukan kejutan di Liga Perdana Inggeris dengan menumpaskan musuh tradisi mereka pada hari Ahad nanti. Hansen mengakui Liverpool kini bukan berada pada tahap prestasi terbaik mereka namun beliau amat yakin Liverpool pasti akan berusaha berhabis-habisan untuk mencapai kemenangan pada hari Ahad nanti. Menurut Hansen, jangan terkejut jika melihat peningkatan mendadak Liverpool pada perlawanan Ahad nanti. Tambah Hansen, kecederaan kepada pemain-pemain utama Liverpool seperti Gerrard, Torres dan juga Johnson sedikit sebanyak menyumbang ke arah kemerosotan prestasi ini. Pemain-pemain lain juga menurut beliau gagal beraksi di tahap terbaik apabila diturunkan oleh pengurus di atas padang. Hansen juga berpendapat Liverpool terlalu bergantung kepada Gerrard dan juga Torres namun menurut beliau, tidak banyak yang boleh dilakukan Rafa Benitez kerana pilihan pemain adalah terhad. Hansen juga pasti pengurus musuh tradisi Liverpool juga akan berhati-hati di dalam perlawanan ini. Menurut Hansen, jika silap percaturan maka mereka pasti akan dibaham oleh singa yang sedang luka ini.

Seorang lagi lagenda Liverpool iaitu Steve McMahom yang kini bertugas sebagai salah seorang Pengarah di Profitable Group dan juga sebagai pengulas bolasepak di rangkaian ESPN pula berpendapat, jangan tertipu dengan prestasi Liverpool sekarang ini. Bekas pemain tengah Liverpool ini berpendapat, Liverpool mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan pada hari Ahad nanti. Menurut Macca, semua orang tahu bagaimana Liverpool dan para peminat mereka di Anfield, mereka akan bangkit dan peperangan pasti akan berlaku di sana nanti. Jika Liverpool berjaya memenangi perlawanan pada hari Ahad nanti maka mereka akan kembali ke dalam persaingan untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Macca juga berpendapat Liverpool terlalu bergantung kepada kekuatan tiga pemain iaitu Torres, Gerrard dan juga Mascherano. Tanpa mereka bertiga, Liverpool pasti akan menghadapi masalah. Seperti juga Hansen, Macca juga berpendapat Rafa Benitez mempunyai pilihan pemain yang amat terhad di bangku simpanan dan tidak banyak yang boleh dilakukan oleh beliau. Macca juga tidak terkejut jika lebih banyak mata akan dicicirkan oleh pasukan-pasukan utama Liga Perdana Inggeris pada musim ini kerana liga ini menjadi semakin kompetatif. Dan tiada lagi mata mudah seperti musim-musim sebelum ini. Semua pasukan utama termasuk Liverpool bepeluang untuk berada di dalam saingan liga dan memenangi kejuaraan pada musim ini. Macca juga memberi nasihat kepada Rafa agar memperkukuhkan pertahanan Liverpool dan menggunakan pemain yang ada dengan lebih efisen agar potensi mereka dapat dimaksimumkan semasa berada di atas padang.

Kepada rakan-rakan peminat, jika lagenda-lagenda Liverpool ini bersama-sama bersatu hati untuk menyatakan sokongan mereka tanpa berbelah bagi kepada kelab, kenapakah kita tidak boleh menjadi seperti mereka? Saya faham anda semua amatlah kecewa dengan prestasi Liverpool sekarang ini, namun saya menyeru anda semua supaya bersatu di belakang kelab kita ini. Lupakan sebentar segala masalah yang timbul di Liverpool. Tidak kira ideologi mana yang anda semua bawa, saya mahu kita semua bersatu untuk membawa Liverpool keluar daripada kemerosotan prestasi ini. Saya yakin serta percaya Liverpool akan kembali kepada prestasi terbaik sedikit masa nanti bermula dengan perlawanan pada hari Ahad nanti.



YNWA

Thursday, October 22, 2009

Kelly : Wajar Diberi Lebih Peluang

Masih ada hikmah sebenarnya di dalam perlawanan menentang Lyon tempohari. Hikmah kerana kita semua berpeluang untuk melihat seorang lagi permata bolasepak Liverpool muncul di tengah-tengah keributan yang sedang melanda pasukan dari Merseyside ini. Pemain yang saya maksudkan ialah Martin Kelly. Pemain muda berusia 19 tahun dari Whiston ini pasti memikat perhatian kita semua dengan persembahan mantap beliau di dalam perlawanan tersebut. Kelly sebenarnya adalah seorang pemain pertahanan tengah namun beliau memiliki verstailtiliti seperti Carragher iaitu mampu bermain di mana-mana posisi pertahanan Liverpool. Di dalam perlawanan dengan Lyon, Kelly bermain di posisi pertahanan kanan menggantikan Glen Johnson yang mengalami kecederaan sebelum perlawanan tersebut. Kelly sebelum ini, pernah bermain selama 19 minit apabila tampil sebagai permain simpanan ketika perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang kelab Belanda, PSV Eindhoven pada Disember 2008.

Kelly adalah antara produk hasil daripada Akademi Liverpool dan beliau mula menyertai latihan di Melwood pada musim panas 2007. Sejurus selepas itu, beliau mula beraksi untuk skuad simpanan Liverpool bermula musim 2007-08. Seorang pemain pertahanan tengah yang berbadan sasa serta mempunyai ketinggian yang cukup baik (1.91m) untuk beraksi di barisan pertahanan Liverpool. Kelly pernah dipinjamkan kepada Huddersfield Town pada bulan Mac 2009 untuk menimba pengalaman. Beliau telah beraksi sehingga ke hujung musim tersebut dengan Huddersfield Town, bermain di dalam 7 perlawanan dan menjaringkan satu gol untuk mereka. Selepeas itu Kelly telah dipanggil untuk menyertai skaud bawah 20 tahun England untuk beraksi di kejohanan Piala Dunia bawah 20 tahun yang telah diadakan di Mesir. Walaupun England gagal beraksi dengan baik di kejohanan tersebut, pengalaman yang ditimba oleh Kelly amat berharga buat beliau di dalam usaha menjadi pemain yang lebih mantap. Sejurus selepas pulang daripada kejohanan ini juga, Kelly telah diberi kepercayaan oleh Rafa untuk menggantikan Glen Johnson di dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Lyon di Anfield.

Adakah kita akan melihat kemunculan Kelly sebagai pengganti Carragher di Anfield nanti? Sama-sama kita saksikan sejauh mana perkembangan anak muda ini di dalam skuad utama Liverpool nanti. Beliau telah membuktikan yang dirinya memang layak untuk diberi lebih banyak peluang untuk beraksi di kesebelasan utama dengan persembahan menarik beliau ketika menentang Lyon. Berfungsi sebagai attacking fullback di dalam perlawanan tersebut, Kelly mampu mengucar-kacirkan pertahanan Lyon dengan beberapa larian, umpanan serta cross yang begitu baik kepada barisan depan Liverpool. Beliau juga memiliki corak bentesan yang kemas dan mampu menghalang pemain lawan daripada masuk ke dalam kawasan penalti Liverpool. Saya amat berharap beliau terus kekal di Anfield dan berjuang untuk menempatkan diri di kesebelasan utama Liverpool. Saya dapat merasakan betapa ruginya Liverpool jika beliau dilepaskan untuk menyertai pasukan lain kerana saya pasti beliau mampu menjadi pemain yang mantap seperti Carragher. Cukuplah dengan beberapa pemain muda berbakat yang telah kita lepaskan, Kelly perlu dikekalkan untuk meneruskan kesinambungan kecemerlangan pemain yang dihasilkan oleh Akademi Liverpool.


YNWA

Wednesday, October 21, 2009

LFC : Bersatu Teguh, Bercerai Roboh

Saya tidak mahu mengulas mengenai perlawanan awal pagi tadi. Kalah atau menang, saya akan tetap bersama-sama Liverpool. Bersama-sama Liverpool bermaksud menerima segala kelebihan dan kekurangan pasukan Merah dari Merseyside ini. Saya bukan hendak mencari salah sesiapa tetapi apabila kita menang, semua yang terlibat dengan Liverpool akan disanjung bagai raja namun apabila kita berada dalam keadaan kemerosotan prestasi seperti sekarang, kenapa kita tidak berdiri bersama-sama Liverpool untuk menangkis segala kutukan musuh? Saya amat terkilan apabila membaca komen serta pendapat yang cukup negatif mengenai Liverpool datangnya daripada peminat sendiri. Di mana semangat Liverpool anda semua? Sekarang bukanlah masa untuk kita menunding jari kepada mana-mana pihak di atas kemerosotan prestasi Liverpool. Rakan-rakan sekalian, sekarang adalah masa untuk kita semua para peminat Liverpool bersatu serta bangkit untuk menyatakan sokongan sepenuhnya kepada LIVERPOOL FC! Hentikan permainan mencari kesalahan pasukan kita yang pasti tidak akan mendatangkan faedah kepada sesiapapun. Saya berharap rakan-rakan dapat bersabar buat masa sekarang (walaupun sudah lama sabar), kerana kita mememerlukan segala sumber yang ada di Liverpool untuk menjana kebangkitan kembali Liverpool secepat mungkin. Kepada rakan-rakan yang kecewa dengan prestasi Liverpool, hayati semangat yang terkandung di dalam lirik keramat dibawah. Semoga kepercayaan dan kesetiaan anda semua tidak pudar ke atas LIVERPOOL FC.


YOU’LL NEVER WALK ALONE


When you walk through a storm

Hold your head up high

And don't be afraid of the dark

At the end of the storm

Is a golden sky

And the sweet silver song of a lark


Walk on through the wind

Walk on through the rain

Tho' your dreams be tossed and blown

Walk on, walk on

With hope in your heart

And you'll never walk alone

You'll never walk alone



YNWA

Tuesday, October 20, 2009

UCL : Les Gones Perlu Dihormati


Awal pagi nanti skuad Liverpool akan menanti kunjungan Lyon a.k.a Les Gones di Anfield di dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah 2009/2010. Dengan perkhabaran kapten Steven Gerrard telah pulih dari kecederaan diharapkan beliau boleh mengemudi Liverpool untuk memenangi perlawanan ini (Rafa juga berharap sedemikian). Dengan Mascherano, Insua dan Riera juga dilaporkan cergas untuk menyertai kesebelasan utama diharapkan Liverpool boleh mempamerkan aksi yang lebih baik di dalam perlawanan di Anfield ini. Penyerang utama Liverpool, Fernando Torres belum cergas sepenuhnya untuk perlawanan ini. Diharapkan para penonton di Anfield juga dapat memberikan sokongan yang jitu untuk membolehkan Liverpool bermain dengan lebih bersemangat sepertimana yang dikatakan oleh Jamie Carragher. Namun Liverpool harus berwasapada dengan skuad Les Gones yang kini sedang mendahului Liga Perancis. Walaupun mereka tewas 2-0 di tempat sendiri kepada Sochaux, itu bukan menjadi alasan untuk Liverpool mengambil mudah perlawanan ini. Mereka adalah lawan yang lebih mantap berbanding Debrecen dan juga La Viola sebelum ini (kedua-duanya ditewaskan oleh Lyon). Hati-hati dengan kelibat bekas penyerang Porto iaitu Lisandro Lopez yang kini mengetuai barisan serangan Les Gones ini. Saya tidak kisah bagaimana cara yang digunakan oleh Liverpool untuk menang pada malam ini kerana kemenangan amat diperlukan oleh The Reds untuk mengembalikan keyakinan pada musim ini. Buruk atau tidak corak permainan malam ini tidak penting, yang penting kita perlu menang dan memungut lagi 3 mata berharga di Liga Juara-Juara Eropah. Berikut adalah barisan kemungkinan Liverpool yang akan diturunkan oleh Rafa pada perlawanan menentang skuad Les Gones ini :

Formasi : 4-2-3-1

Barisan Kemungkinan :

RIENA

JOHNSON AGGER CARRAGHER INSUA

LUCAS MASCHERANO

BENAYOUN GERRARD RIERA

KUYT


Keputusan : 1-0 kemenangan kepada Liverpool. Gol dijaringkan oleh Gerrard

Perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro ESPN Rangkaian 812

21/10/09 Jam 0245 Pagi



YNWA

Monday, October 19, 2009

LFC : Gerrard - Torres Untuk Ballon d'Or

Penyerang utama Liverpool, Fernando Torres dan Kapten Liverpool, Steven Gerrard telah disenarai pendek untuk menerima anugerah berprestij Ballon d’Or untuk tahun ini. Prestasi mantap kedua-dua pemain utama Liverpool ini di dalam tempoh 12 bulan terakhir membolehkan mereka terpilih sebagai antara calon untuk anugerah ini. Pemenang akan diumumkan pada 1Disember nanti. Berikut adalah senarai penuh 30 pemain yang dipilih sebagai calon pada tahun ini :

Fernando Torres (Liverpool)
Steven Gerrard (Liverpool)
Andrey Arshavin (Arsenal)
Karim Benzema (Real Madrid)
Iker Casillas (Real Madrid)
Cristiano Ronaldo (Real Madrid)
Diego (Juventus)
Didier Drogba (Chelsea)
Edin Dzeko (Wolfsburg)
Samuel Eto'o (Inter Milan)
Cesc Fabregas (Arsenal)
Diego Forlan (Atletico Madrid)
Ryan Giggs (Manchester United)
Yoann Gourcuff (Bordeaux)
Thierry Henry (Barcelona)
Zlatan Ibrahimovic (Barcelona)
Andres Iniesta (Barcelona)
Julio Cesar (Inter Milan)
Kaka (Real Madrid)
Frank Lampard (Chelsea)
Maicon (Inter Milan)
Lionel Messi (Barcelona)
Luis Fabiano (Sevilla)
Franck Ribery (Bayern Munich)
Wayne Rooney (Manchester United)
John Terry (Chelsea)
Nemanja Vidic (Manchester United)
David Villa (Valencia)
Xavi (Barcelona)
Yaya Toure (Barcelona)

YNWA

Sunday, October 18, 2009

BPL : Belon Oh Belon

Tewas kali keempat pada musim ini di Liga Perdana Inggeris. Tidak banyak yang boleh saya komen kerana pasukan kita memang tidak cukup baik semalam. Gol Belon? Memang kita tidak bernasib baik kerana kita dibolosi gol sebegitu. Saya amat pasti budak kecik yang cerdik pandai itu akan phobia seumur hidup disebabkan kepandaian beliau membaling bola pantai ke depan gawang Liverpool. Mungkin beliau juga akan tukar pasukan kerana perasaan phobia tersebut. Kita harap beliau tidak berbuat sedemikian dan terus menyokong Liverpool. Kesebelasan utama yang memang amat pelik semalam menyebabkan kita gagal mendapatkan sebarang mata dari Stadium of Light. Kata Steve Bruce, mereka layak menang dan boleh menjaringkan 3-4 gol lagi pada separuh masa kedua. Betul ker? Rasanya skuad Kucing Hitam ni terkangkang menahan asakan Liverpool pada separuh masa kedua sehingga Bruce naik angin dengan Rafa. Mereka hanya bergantung kepada counter attack untuk menyerang Liverpool. Cuma pemain-pemain Liverpool gagal memanfaatkan peluang yang ada. Apabila melihat kesebelasan utama yang Rafa turunkan semalam, amat jelas tumpuan Rafa adalah kepada perlawanan dengan Lyon dan Manyoo pada minggu hadapan. Menyimpan Insua, Riera serta Mascherano di bangku simpanan dan merehatkan Gerrard serta Torres memang perancangan Rafa adalah untuk memenangi perlawanan-perlawanan tersebut. Dengan kesebelasan semalam, bonus untuk Liverpool jika kita menang atau seri perlawanan tersebut. Saya sedar amat sukar untuk menang dengan kesebelasan pemain semalam, seri adalah lebih realistik. Namun nasib tidak menyebelahi kita semalam. Kesebelasan pemain yang diturunkan telah menunjukkan kita memang kekurangan kualiti di bangku simpanan.

Semakin banyak suara-suara sumbang yang menyatakan Rafa perlu dipecat dan yang sedihnya kata-kata tersebut datang dari peminat sendiri. Terpulanglah kepada pendapat masing-masing kerana anda semua bebas bersuara. Bagi saya (bukan kerana percaya secara membuta tuli), masalah bukan kepada Rafa kerana beliau telah mempunyai pemain-pemain yang telah menjadi sasaran beliau untuk memperkuatkan pasukan seperti David Villa dan David Silva. Tetapi disebabkan hutang pemilik yang bertimbun, maka belanjawan untuk membeli pemain baru adalah terhad. Jangan kata Johnson dan Aquilani telah dibeli dengan jumlah harga 37 juta pound menunjukkan pemilik telah mengeluarkan duit. Ingat Johnson dibeli selepas ditolak hutang Portsmouth 7 juta pound (hasil jualan Crouch) dan Bayaran Aquilani menagmbil masa 5 tahun (bukan 20 juta sekaligus). Maka berapa sen yang dikeluarkan oleh pemilik? Telah saya tegaskan sebelum ini, Liverpool memerlukan pelaburan berjumlah ratusan juta pound jika mahu membentuk skuad yang lebih mantap. Jika memecat Rafa, anda ingat pengurus baru mahu menguruskan Liverpool dengan belanjawan seciput yang diperolehi Rafa? Buat sekarang, berikan kepercayaan anda kepada Rafa, jangan samakan Liverpool dengan pasukan lain yang mempunyai kewangan yang lebih kukuh. Jika anda benar-benar mahukan perubahan di dalam Liverpool, kita perlu menukar pemilik secepat yang mungkin. Saya yakin skuad Liverpool ini akan kembali bangkit ketika menentang Lyon dan Manyoo di Anfield nanti setelah tiga kali berturut beraksi di tempat lawan.


YNWA

Saturday, October 17, 2009

BPL : Waspada Si Kucing Hitam


Setelah puas melayan kebosanan selama dua minggu dek kerana Liga Perdana Inggeris cuti, hari ini saya kembali fokus untuk perlawanan kesembilan Liverpool menentang Sunderland di Stadium Of Light. Sunderland yang diterajui oleh Steve Bruce ini turut dikenali sebagai Black Cats a.k.a Kucing Hitam di kalangan peminat mereka. Saya agak gusar menjelang pertemuan dengan mereka pada malam ini kerana terdapat beberapa faktor penyebab yang perlu dianalisa oleh oleh Rafa sebelum membuat apa-apa keputusan mengenai kesebelasan yang bakal beliau turunkan di Stadium Of Light nanti. Bukan berniat untuk mementingkan diri sendiri tetapi faktor-faktor penyebab ini telah berulangkali menganggu persediaan Liverpool. Berikut adalah beberapa beberapa faktor penyebab yang perlu diambilkira oleh Rafa :

Jadual Perlawanan Antarabangsa
Saya cukup tidak menggemari jadual perlawanan antarabangsa yang diselitkan di tengah-tengah kesibukan Liverpool mengharungi perlawanan-perlawanan Liga Perdana Inggeris dan juga Liga Juara-Juara Eropah. Pasukan-pasukan utama Liga Perdana Inggeris seperti Liverpool pasti akan kehilangan lebih banyak pemain utama berbanding dengan pasukan lain. Ini kerana hampir keseluruhan pemain kesebelasan utama Liverpool akan dipanggil beraksi untuk negara mereka di dalam perlawanan antarabangsa seperti Kelayakan Piala Dunia, Kelayakan Piala Eropah dan juga perlawanan persahabatan. Kekurangan pemain ini pasti akan menggangu persediaan pasukan seperti Liverpool di mana para pemain ini hanya akan melaporkan diri seawal 2 hari sebelum perlawanan liga diadakan. Berbeza dengan Sunderland yang mungkin boleh menjalani latihan dengan lebih ramai pemain-pemain utama mereka yang tidak beraksi dengan pasukan negara mereka. Selain daripada itu jadual perlawanan antarabangsa ini juga mendedahkan pemain kepada keletihan kerana perjalanan jauh yang terpaksa diharungi (ambil contoh Mascherano dan Insua) dan seterusnya mereka tidak cergas sepenuhnya untuk perlawanan liga. Situasi yang paling buruk ialah para pemain ini akan terdedah kepada kecederaan ketika beraksi untuk negara masing-masing. Memang pemain-pemain ini wajib mewakili negara mereka namun FIFA dan UEFA serta persatuan bolasepak negara harus memikirkan idea-idea yang lebih baik untuk mengatasi masalah ini.

Masalah Kecederaan Pemain
Liverpool cukup sinonim dengan perkara ini semenjak dari dahulu lagi. Rafa jelas berang apabila pemain-pemain utama beliau mengalami kecederaan sewaktu beraksi di perlawanan antarabangsa. Kali ini Liverpool dihimpit oleh kecederaan pemain-pemain utama seperti Fernando Torres, Steven Gerrard, Sotirios Kyrgiakos dan juga Dirk Kuyt. Ini jelas akan menganggu persediaan Liverpool sebelum perlawanan menentang skuad Kucing Hitam ini. Pemain-pemain yang cedera ini jika gagal di dalam ujian kecergasan akhir sebelum perlawanan pasti tidak akan diturunkan oleh Rafa bagi mengelakkan kecederaan tersebut berpanjangan dan memburukkan lagi keadaan kepada Liverpool. Steve Bruce pasti tidak pening kepala seperti Rafa menjelang perlawanan ini kerana tiada berita yang menyatakan pemain utama beliau mengalami kecederaan. Berita terbaru menyatakan Rafa telah mengesahkan Torres dan Gerrard tidak akan terbabit di dalam perlawanan dengan skuad Kucing Hitam ini. Maka memang sahlah Rafa akan pening kepala menjelang perlawanan ini!!!

Kesebelasan Utama Pasukan
Steve Bruce tidak akan kehilangan khidmat penyerang kembar mereka iaitu Bent dan Jones. Kedua-duanya dilaporkan bersedia untuk perlawanan ini. Hampir semua pemain utama skuad Kucing Hitam ini boleh diturunkan pada perlawanan menentang Liverpool ini. Gordon, Ferdinand, Turner, Bardsley dan Richardson akan beraksi di barisan pertahanan manakala Reid, Cana, Cattermole dan Malbranque akan mengemudi barisan tengah mereka. Skuad Kucing Hitam ini pasti akan bersemangat setelah mereka hampir berjaya menumbangkan Manyoo di tempat lawan pada minggu lepas. Berbeza dengan Rafa, Liverpool mungkin terpaksa beraksi dengan skuad cut and paste jika kecederaan kepada empat pemain utama di atas diambilkira. Namun Rafa akan membuat keputusan beliau sejurus bermulanya perlawanan tersebut. Senarai kemungkinan kesebelasan utama Liverpool akan saya kemukakan di bahagian akhir artikel ini.

Moral Pasukan
Skuad Kucing Hitam berada pada tahap moral paling tinggi pada ketika ini. Mereka kini berada di tangga kelapan Liga Perdana Inggeris (dua mata di belakang Liverpool) dan Bruce pasti mahu memperbaiki kedudukan ini. Mereka hampir-hampir memalukan Manyoo di tempat lawan dua minggu lepas. Jika bukan kerana gol sendiri Ferdinand, pasti mereka akan membawa pulang 3 mata penuh ke Stadium Of Light. Kedua-dua penyerang kembar mereka iaitu Bent dan Jones juga berada pada tahap prestasi terbaik apabila mereka berjaya menjaringkan gol pada setiap perlawanan skuad Kucing Hitam ini. Berbeza dengan Liverpool, Rafa dan anak-anak buahnya perlu bangkit daripada 2 kekalahan berturut-turut pada perlawanan sebelum ini. Kemenangan pada perlawanan ini pasti akan memberikan suntikan semangat baru kepada Liverpool.

Oktober Yang Mencabar
Liverpool menghadapi bulan Oktober yang penuh dengan cabaran. Lawan-lawan yang perlu dihadapi selepas ini bukanlah mudah. Dengan Manyoo di liga, Lyon di liga juara eropah dan Arsenal yang menunggu di dalam Piala Carling pasti bukanlah satu keselesaan buat Rafa. Liverpool harus mencari tonik kemenangan di dalam perlawanan-perlawanan ini bagi mengukuhkan kembali cabaran di peringkat domestik dan juga eropah. Lawan-lawan ini pasti akan memberikan cabaran hebat kepada Liverpool dan kita perlu menewaskan mereka untuk membuktikan kredibiliti sebagai pencabar utama.

Rafa vs Bruce
Rekod pertemuan kedua-dua pengurus ini tidak menyebelahi Rafa. Sebelum menjadi boss Skuad Kucing Hitam, Steve Bruce pernah menjadi pengurus Birmingham City dan juga Wigan. Saya tidak mempunyai statistik rasmi mengenai perkara ini, namun mengikut pengalaman saya, di sepanjang 5 musim Rafa menjadi pengurus Liverpool, beliau tidak pernah mempunyai rekod yang baik semasa bertemu dengan pasukan kelolaan Bruce. Perlawanan menentang Birmingham dan Wigan kebanyakannya akan berakhir dengan keputusan seri atau kita tewas di tempat lawan. Secara psikologi, Bruce pasti mahu meneruskan kecemerlangan ini dan Rafa pula pasti mahu membuang badi tersebut.

Bukan untuk bersikap negatif apabila kita semua melihat faktor-faktor penyebab diatas. Jika kita analisa kembali, semua faktor-faktor tersebut tidak menyebelahi Liverpool. Ramai pihak yang menjangkakan Liverpool akan menghadapi jalan sukar pada perlawanan ini dan ada yang menyatakan Liverpool akan tewas. Namun saya sebagai peminat Liverpool pasti tidak mahu kita menyerah kalah sebelum bertarung di dalam gelanggang. Siapa pun yang bakal diturunkan oleh Rafa pada perlawanan ini pasti akan bermain habis-habisan untuk mencapai kemenangan. Berikut adalah barisan kemungkinan pemain-pemain kesebelasan utama Liverpool untuk perlawanan menentang Skuad Kucing Hitam ini :


Formasi : 4-2-3-1

Barisan Kemungkinan :

RIENA

JOHNSON AGGER CARRAGHER AURELIO

LUCAS MASCHERANO

RIERA BENAYOUN BABEL

KUYT


Keputusan : 1-0 kemenangan kepada Liverpool. Gol dijaringkan oleh Kuyt

Perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro ESPN Rangkaian 812 17/10/09 jam 0955 Malam


YNWA