Sunday, May 31, 2009

Gerrard : Tribute Kepada Seorang Lagenda



Semalam Kapten Liverpool, Steven Gerrard genap 29 tahun dan sempena dengan itu saya ingin membuat tribute untuk kapten fantastik kita ini. Setelah melayari beberapa blog rakan-rakan penyokong Liverpool dan juga membaca ulasan serta pendapat daripada laman web yang berkaitan dengan bolasepak, saya bersetuju dengan anda semua. Steven Gerrard a.k.a Kapitan Gerrard memang amat layak untuk memperolehi anugerah Pemain Terbaik Tahunan daripada Persatuan Penulis-Penulis Sukan Bolasepak England pada tahun ini. Yang pasti anugerah ini akan menaikkan lagi reputasi Kapitan Gerrard sebagai pemain serba boleh di dunia bolasepak. Ramai yang agak terkilan apabila Gerrard tidak mendapat anugerah Pemain Terbaik Tahunan daripada Persatuan Pemain Bolasepak England yang telah dibolot oleh Giggs. Ramai yang berpendapat, Gerrard lebih layak untuk anygerah tersebut berdasarkan prestasi semasa beliau sekarang. Bagaimana Giggs boleh menang anugerah tersebut? Takkan kerana menang banyak piala dalam jangka masa berpuluh tahun baru boleh mendapat anugerah ini? Atau kerana sistem pengundian yang tidak sampai ke penghujung musim Liga Perdana Inggeris? Saya tidak mempertikaikan anugerah yang dimenangi Giggs jika beliau bermain sepanjang musim dan menjaringkan gol yang banyak untuk pasukannya. Tetapi Giggs hanya sekadar watak tambahan di dalam pasukannya pada musim ini dan beliau sepatutnya telah lama memperolehi anugerah ini di zaman kegemilangannya dahulu. Mungkin anugerah tersebut diukur menggunakan faktor sejarah barangkali pada kali ini. Yang agak memeranjatkan juga bagi para peminat, Frank Lampard langsung tidak tersenarai sebagai calon walaupun prestasi beliau juga baik pada musim ini. Apa pun, anugerah yang diperolehi Gerrard ini menunjukkan para wartawan serta penulis sukan lebih tepat untuk menilai pemain mana yang harus mendapat anugerah pada musim ini. Pengiktirafan untuk Gerrard ini menunjukkan keadilan masih wujud di dunia ini dan beliau selayaknya adalah pemain terbaik Liga Perdana Inggeris pada musim 08/09.

Saya terbaca juga beberapa pendapat daripada rakan-rakan sepasukan Gerrard mengenai pengiktirafan kepada kapten mereka ini. Di antaranya pendapat dari penjaga gawang Liverpool, Jose Reina. Reina berpendapat, tanpa sebarang keraguan, Gerrard adalah pemain terbaik pada tahun ini. Menurut Reina, Liverpool pasti akan kelihatan seperti sebuah pasukan lain jika beraksi tanpa Gerrard. Dan kehadiran Gerrard inilah membentuk tulang belakang skuad Liverpool. Bukan menafikan sumbangan rakan-rakan yang lain, tetapi di dalam sesebuah pasukan, perlu ada faktor pendorong yang membolehkan sesebuah pasukan itu bermain dengan lebih baik dan dengan semangat yang lebih tinggi. Dalam hal ini, Gerrard adalah faktor pendorong utama kepada skuad Liverpool. Reina amat gembira untuk Gerrard dan beliau berpendapat tiada yang lebih layak menerima anugerah ini selain daripada Gerrard. Pengamal media telah membuat keputusan yang tepat dengan memilih prestasi pemain berbanding dengan sentimen di dalam membuat pemilihan untuk anugerah tersebut.

Gerrard juga merakamkan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada Pengurus Liverpool, Rafael Benitez dan juga rakan-rakan sepasukannya yang turut membantu beliau di dalam memperolehi anugerah ini. Menurut Gerrard beliau mendapatkan bantuan serta sokongan penuh di dalam menjalankan tugas beliau di Liverpool. Keluarga, rakan-rakan serta peminat sentiasa bersama-sama beliau setiap kali turun menyarung jersi Liverpool di Anfield. Mereka memainkan peranan yang besar kerana sentiasa bersama-sama Gerrard 24 jam sehari, 7 hari seminggu di dalam perjalanan karier bolasepaknya. Rafa pula amat gembira dengan pencapaian kapten pasukannya itu. Menurut Rafa, Gerrard sentiasa bersaing dengan yang terbaik dan beliau memang selayaknya memiliki anugerah tersebut. Anugerah itu juga menunjukkan sejauh mana pencapaian Gerrard setakat ini di dalam dunia bolasepak, tambah Rafa lagi.

Bila menulis tentang Gerrard ini, saya masih teringat semasa beliau mula-mula sekali diperkenalkan kepada Liga Perdana Inggeris. Gerrard Houllier merupakan pengurus yang bertanggungjawab memperkenalkan beliau kepada dunia bolasepak yang sebenar. Bermula sebagai pemain simpanan pada waktu itu, Gerrard tidak lagi menoleh kebelakang dengan menjadi pemain kesebelasan utama serta dilantik kapten pasukan oleh Rafa dan sehingga kini beliau masih kekal menjadi peneraju utama Liverpool. Gerrard bergandingan dengan Jamie Redknapp di bahagian tengah Liverpool pada awal kariernya. Di bawah bimbingan Rafa, permainan Gerrard bertambah mantap dari hari ke hari. Setelah memiliki trofi Liga Juara-Juara Eropah, Gerrard pasti tidak akan melepaskan trofi Liga Perdana Inggeris yang amat diidamkan oleh beliau selain dari trofi Piala Dunia yang turut diinginkan beliau pada 2010 nanti. Kita semua berharap agar Gerrard terus cemerlang di dalam karier bolasepaknya dan manakan tahu, mungkin tahun 2010 adalah tahun untuk Gerrard dan Liverpool!


YNWA

Saturday, May 30, 2009

Torres : Piala Akan Dimiliki Liverpool

Tidak dinafikan berita yang kita semua terima semalam amatlah menggembirakan kita semua sebagai peminat Liverpool. Penyerang utama Liverpool, Fernando Torres a.k.a El Nino telah bersetuju untuk menyambung kontrak dengan Liverpool sehingga tahun 2013. Berita yang dinantikan oleh kita semua ini selepas Kapitan Gerrard turut menyambung kontrak sebelum ini membuktikan Liverpool amat serius di dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Perdana musim depan. Kontrak terbaru Torres ini juga akan menghalang pemangsa-pemangsa di luar sana menyambar Torres daripada Liverpool seperti yang pernah cuba dilakukan oleh Man City dengan tawaran 50 juta pound. Torres telah memberitahu ikatan yang luar biasa yang terjalin antara beliau dengan Liverpool merupakan punca utama beliau bersetuju untuk menyambung kontrak baru yang disertai dengan imbuhan tambahan yang lebih baik. Torres telah bersetuju untuk menurunkan tandatangan ke atas kontrak baru yang dilaporkan lebih daripada 100 ribu pound seminggu. Liverpool telah menunaikan janji ini kepada Torres sewaktu beliau mula-mula menyertai kelab pada tahun 2007. Selepas meninggalkan Atletico Madrid untuk ke Anfield pada ketika itu beliau telah diberitahu oleh pengurusan Liverpool yang sebarang kemajuan di dalam permainan beliau akan diberi ganjaran oleh kelab dan selepas menjaringkan 50 gol selepas dua musim di Liverpool, kenaikan gaji untuk beliau adalah sesuatu yang tepat berdasarkan kedudukan Torres sebagai salah seorang penyerang terbaik dunia. Kontrak baru Torres ini juga menyatakan terdapat klausa yang membolehkan Torres secara automatik menyambung kontraknya ke tahun 2014 jika beliau mahu.

Setelah bersetuju dengan kontrak baru ini, Torres telah menyatakan beliau masih ingin kekal di Anfield dan mahu memenangi trofi bersama-sama The Reds. Menurut Torres perbincangan kontrak beliau dengan Liverpool amat positif dan ianya hasil daripada kerja keras selama dua musim. Torres merupakan bintang terbaru Liverpool yang telah menyatakan komitmen kepada kelab sepertimana yang dikehendaki oleh pengurus, Rafael Benitez untuk mengelakkan mereka daripada diumpan oleh pemangsa-pemangsa yang akan berkeliaran sewaktu musim perpindahan nanti. Dengan Gerrard, Kuyt dan Agger yang telah bersetuju untuk menyambung kontrak dengan Liverpool dan Agger dijangka pemain pertama yang akan menurunkan tandatangan ke atas kontrak baru selepas mewakili Denmark di perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Sweden pada hujung minggu ini.

Manakala Pengurus Liverpool, Rafael Benitez telah menyatakan kerja-kerja di sebalik tabir pasukan Liverpool telah menunjukkan mereka sekarang sedang menuju ke arah yang betul. Menurut Rafa Liverpool telah menunjukkan peningkatan yang ketara pada musim ini dan ianya pasti akan diteruskan ke satu peringkat yang lebih baik. Persetujuan pemain-pemain kesebelasan utama Liverpool untuk jangka panjang ini pasti akan membolehkan kelab bergerak ke depan dengan penuh keyakinan. Ianya satu mesej yang positif untuk semua yang terlibat dengan Liverpool, tambah Rafa lagi. Mengenai Torres, Rafa berkata beliau adalah antara penyerang terbaik buat masa sekarang dan pada umur yang masih muda, Torres akan bertambah baik dan menjaringkan lebih banyak gol untuk Liverpool. Dengan setiap kelab gergasi yang impikan khidmat beliau dan Torres masih komited dengan Liverpool, ianya menunjukkan beliau begitu mahukan kejayaan bersama-sama Liverpool. Beliau mempunyai bakat yang begitu istimewa tetapi masih mahu memperbaiki permainannya di setiap peluang yang ada.

Dengan Torres yang dilaporkan telah berkahwin dengan teman wanitanya, berita yang pasti akan menambahkan lagi kegembiraan Torres dan ianya pasti akan dikongsi oleh semua yang terlibat dengan Liverpool. Saya berharap dengan kontrak baru ini, Torres akan dapat meneruskan kesinambungan gandingan Torres – Gerrard pada musim depan dan membawa pulang trofi Liga Perdana Inggeris ke Anfield yang telah lama kita nanti. Dan saya amat pasti, Torres akan lebih cemerlang di masa hadapan untuk Liverpool dan rasanya kontrak baru akan ditawarkan kepada beliau lagi sebelum tahun 2013. Kepada Torres, anda berada di kelab yang tepat dan ayuh bersama-sama kita berusaha membawa kejayaan buat Liverpool!


YNWA

Friday, May 29, 2009

Skrtel : Gol Seperti Hyypia? Tiada Masalah

Memang ramai yang merasai kehilangan pertahanan tengah lagenda Liverpool, Sami Hyypia yang telah berpindah ke Bundesliga untuk bersama-sama Bayer Leverkusen selama 2 musim. Terbaru, rakan sepasukan beliau yang turut sama bermain di posisi pertahanan tengah Liverpool, Martin Skrtel yang berasal dari Slovakia. Skrtel merupakan pemain pertahanan tengah yang dibeli dari kelab Rusia, Zenit St Petersburg sebagai pemain tambahan kepada barisan pertahanan Liverpool. Semenjak dari itu, Skrtel merupakan antara pemain tulang belakang Liverpool yang turut menyumbang ke arah kebangkitan Liverpool pada musim ini. Skrtel telah menyatakan kesediaan beliau untuk mengambil alih salah satu tugas Hyypia ketika berada di Liverpool iaitu sebagai pemain pertahanan tengah yang mampu menjaringkan gol. Kini setelah penghijrahan Hyypia, Skrtel akan cuba menjaringkan gol untuk Liverpool. Hyypia yang telah berkhidmat selama sedekad di bahagian pertahanan Liverpool telah menjaringkan 35 gol untuk Liverpool di dalam semua pertandingan dan ini termasuklah jaringan beliau melalui rembatan volley ke atas Juventus di perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2005 dimana Liverpool telah menjadi juara pertandingan tersebut.

Manakala Skrtel yang berusia 24 tahun, masih belum menjaringkan sebarang gol setelah 18 bulan penghijrahan beliau dari Zenit St Petersburg. Tetapi Skrtel akan cuba mengubah statistik tersebut bermula pada musim depan. Menurut Skrtel tugas utama beliau adalah untuk mempertahankan pintu gol Liverpool daripada dibolosi tetapi jika beliau dapat menjaringkan gol untuk Liverpool, ianya adalah bonus tambahan kepada beliau. Skrtel yang telah menjaringkan 5 gol untuk negaranya Slovakia di peringkat antarabangsa juga turut menyatakan beliau amat terasa kehilangan Sami Hyypia yang telah banyak membantu beliau sewaktu mula-mula tiba di Liverpool sehinggalah lagenda Liverpool tersebut berhijrah ke Leverkusen bermula musim depan. Tambah Skrtel, jika anda perlu bantuan, ketuklah pintu rumah Hyypia dan beliau pasti akan bersedia membantu pada bila-bila masa yang diperlukan tanpa banyak bicara. Begitulah akrabnya hubungan antara Skrtel dengan rakan seniornya tersebut. Kepada Skrtel, sebagaimana anda terasa kehilangan Hyypia, begitulah juga kami semua sebagai peminat Liverpool rasai. Tidak ada sesiapa yang dapat menggantikan Hyypia di Liverpool dan beliau akan sentiasa akan diingati dan dikenang oleh kita semua.


YNWA

Thursday, May 28, 2009

Wheater : Jelmaan Hyypia Di Anfield?

Nampaknya selepas pemergian Hyypia ke Bayer Laverkusen pada musim depan, pengurus Liverpool, Rafael Benitez tanpa membuang masa terus mencari pemain pertahanan gantian kepada Hyypia. Pemain yang saya maksudkan ialah pertahanan tengah tinggi lampai Middlesbrough iaitu David Wheater. Beliau merupakan pemain kedua dari Middlesbrough yang dikaitkan dengan Liverpool setelah sebelum ini Stewart Downing dikatakan turut berminat ke Anfield. Rafa telah cuba untuk mendapatkan khidmat Wheater pada musim panas lepas. Pada Januari yang lalu, Rafa juga telah cuba mendapatkan pemain pertahanan berbakat ini daripada Middlesbrough. Kedua-dua percubaan Rafa telah ditolak oleh Boro memandangkan mereka tidak mahu kehilangan Wheater yang dianggap oleh pengurus Boro, Gareth Southgate sebagai tulang belakang pasukannya di dalam perjuangan di Liga Perdana Inggeris. Namun situasi Rafa kini dilihat lebih baik pada kali ini kerana Boro telah terjerumus ke Liga Championship dan peluang untuk bermain semula di Liga Perdana Inggeris pasti tidak akan dipandang sepi oleh Wheater.

Dengan kedudukan Southgate yang perlu mengecilkan saiz skuadnya kerana terpaksa berdepan dengan masalah kewangan setelah turun ke Liga Championship, aset Boro yang paling tinggi nilai jualannya adalah Wheater. Sebelum ini, pemain sayap kiri, Stewart Downing dilihat lebih bernilai buat Boro namun kecederaan kaki kanan telah menyebabkan pasukan-pasukan yang berpotensi untuk mendapatkan khidmat Downing pada musim panas ini mengalih arah sekurang-kurangnya sehingga beliau pulih sepenuhnya. Kaki Downing dimasukkan pin disebabkan oleh kecederaan itu dan paling awal beliau dijangka pulih adalah di antara bulan Julai dan Ogos di mana latihan pra musim telah bermula. Namun yuran perpindahan yang diminta oleh Boro iaitu kira-kira 9 juta pound dijangka akan menyebabkan Rafa terpaksa berfikir dua kali untuk mendapatkan Wheater sebagai pemain simpanan untuk barisan pertahanan Liverpool memandangkan dana perpindahan Liverpool agak terhad. Birmingham telah cuba mendapatkan Wheater sebelum ini, tidak sanggup membayar harga tersebut kerana dianggap terlalu tinggi. Wheater merupakan produk daripada akademi bolasepak Boro dan beliau pasti tidak akan dilepaskan dengan harga yang rendah oleh Southgate.

Dengan barisan pertahanan tengah yang terdiri daripada Carragher, Skrtel dan Agger, Liverpool boleh dikatakan mempunyai kekuatan yang cukup untuk posisi ini. Namun jika Wheater boleh dibeli dengan harga yang munasabah, tidak ada salahnya menambahkan lagi seorang pemain berkualiti di dalam skuad Liverpool. Wheater pasti akan memberikan saingan kepada pemain pertahanan Liverpool yang lain. Wheater juga mampu bermain di pertahanan kanan serta mempunyai tandukan yang baik dan beliau telah menjaringkan beberapa gol melalui tandukannya. Gandingan beliau dengan Huth di pertahanan tengah Boro boleh dikatakan agak mantap. Dengan usia yang muda dan merupakan pemain bawah 21 tahun England serta mempunyai pengalaman yang luas bermain di Liga Perdana Inggeris, Wheater mempunyai masa depan yang cerah jika beliau menyertai salah satu dari empat kelab gergasi Liga Perdana Inggeris. Mungkin beliau akan mampu mewakili England pada satu hari nanti. Jika beliau ke Anfield, saya tidak akan terkejut jika beliau mampu menjadi pemain pertahanan tengah sebaik Sami Hyypia.


YNWA

Wednesday, May 27, 2009

Babel : Korban Pertama Musim Perpindahan?

Setelah sekian lama mendengar desas-desus tentang beliau, hari ini perkhabaran dari England telah menyatakan pemain sayap Liverpool, Ryan Babel merupakan pemain pertama daripada kesebelasan utama Liverpool yang diberitahu oleh Rafa yang beliau boleh meninggalkan Anfield pada musim panas ini. Babel boleh berbuat demikian jika terdapat kelab yang mahu mendapatkan khidmat beliau. Perkhabaran ini diterima setelah agen Babel, Winnie Haatrecht menemui Rafa pada minggu lepas untuk membincangkan kedudukan pemain tersebut. Babel yang hanya membuat 6 penampilan penuh liga pada musim ini telah meminta Rafa supaya lebih kerap menurunkan beliau di kesebelasan utama dan ini dikatakan punca beliau dibenarkan untuk berpindah pada musim panas ini. Rafa tidak dapat menjamin tempat untuk Babel di kesebelasan utama Liverpool pada musim depan dan hanya perpindahan ke pasukan lain akan memenuhi kehendak beliau ini. Kelab lama Babel, Ajax Amsterdam yang baru melantik Martin Jol sebagai pengurus baru menggantikan Marco Van Basten, dikatakan berminat untuk untuk mendapatkan kembali khidmat Babel secara pinjaman pada Januari lalu namum ditolak oleh Liverpool. Jika Ajax masih berminat pada musim panas ini, gaji Babel kira-kira 60 ribu pound seminggu serta yuran perpindahan beliau dijangka menjadi penghalang kepada kelab Belanda tersebut.

Saya tidak bersetuju dengan perkara ini dan berpendapat amat merugikan untuk menjual Babel pada masa sekarang memandangkan beliau hanya baru dua musim bersama-sama Liverpool. Selain daripada usia beliau yang baru mencecah 22 tahun, Babel mempunyai potensi untuk menjadi pemain serangan atau sayap yang baik. Ini berdasarkan kepada susuk badan beliau yang sesuai serta daya pecutan dan rembatan yang baik, Babel jika diberi peluang satu musim lagi pasti akan memberikan persembahan yang lebih mantap untuk Liverpool. Kekurangan Babel jika dilihat pada masa sekarang ialah beliau kurang kreativiti seperti Gerrard, Alonso mahupun Benayoun di dalam usaha untuk memecahkan pertahanan lawan ataupun ketika berpeluang untuk menjaringkan gol. Saya masih ingat persembahan terbaik beliau musim ini ketika menentang Real Madrid di Anfield di Liga Juara-Juara Eropah. Banyak percubaan serta umpanan beliau kepada bahagian depan Liverpool telah mencemaskan barisan pertahanan Real Madrid pada perlawanan tersebut. Jika beliau boleh mengekalkan prestasi seperti itu, tidak mustahil beliau akan muncul antara pemain terbaik di Eropah. Namun mungkin disebabkan mulut, badan binasa, Babel menerima padahnya. Dengan satu keperluan buat Rafa untuk mencari dana tambahan bagi membeli pemain baru, penjualan Babel dianggarkan boleh menjana antara 8 hingga 10 juta pound kepada Liverpool. Dengan Tottenham, Villa dan Arsenal dikatakan berminat mendapatkan khidmat beliau, musim perpindahan ini akan menentukan pasukan mana yang akan diwakili Babel. Terdapat juga minat daripada Sepanyol dan Babel pasti akan dijadikan sandaran oleh Rafa untuk mendapatkan pemain sasaran beliau di sana jika ianya membabitkan yuran perpindahan yang tinggi. Jika perkara ini benar-benar berlaku, saya agak pasti Babel akan bersinar dengan pasukan baru beliau.


YNWA

Tuesday, May 26, 2009

Pennant : Menarik Perhatian Ancelotti?

Pengurus AC Milan, Carlo Ancelotti yang dikhabarkan akan mengambil alih tugas sebagai pengurus Chelsea pada musim panas ini telah dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Liverpool yang akan habis kontrak pada musim panas ini iaitu Jermaine Pennant. Ancelotti dikhabarkan telah meletakkan Pennant di dalam senarai perpindahannya jika beliau menerima tugas pengurus di Stamford Bridge. Ancelotti yang telah lama mengikuti perkembangan Pennant dikatakan telah menawarkan kontrak pra musim kepada Pennant pada Januari lepas bagi mendapatkan Pennant untuk AC Milan. Namun pemain sayap Liverpool ini telah memilih untuk menyertai Portsmouth secara pinjaman pada ketika itu. Ianya merupakan perkembangan yang agak menarik kerana Pennant, disebalik prestasi yang tidak konsisten, masih mampu menarik minat kelab-kelab ternama dunia. Sebelum ini pada bulan Disember 2008, Real Madrid melalui pengurusnya Juande Ramos dikatakan telah menawarkan kontrak kepada beliau untuk beraksi di Bernabeu.

Pennant adalah antara pemain yang dikatakan akan dijual oleh pengurus Liverpool, Rafael Benitez pada musim panas ini. Prestasi beliau yang tidak konsisten semasa menyarung jersi Liverpool telah menyebabkan pengurusan Liverpool memilih untuk tidak menawarkan kontrak kepada beliau pada hujung musim panas yang lepas. Jika dilihat ketika berada pada prestasi terbaik, Pennant seolah-olah serang pemain sayap yang cukup sempurna dengan hantaran lintang yang tepat serta kebolehan beliau untuk membawa bola hingga ke dalam kotak penalti lawan. Mungkin Pennant kurang sesuai dengan corak taktikal Rafa dan ini menyebabkan prestasi beliau tidak menentu. Ditambah lagi dengan kekurangan peluang untuk bermain di kesebelasan utama dengan kebangkitan Kuyt serta Benayoun yang jelas menguasai posisi sayap kanan Liverpool pada musim ini. Yang terbaik bagi saya ialah Pennant perlu berpindah untuk memantapkan lagi permainan beliau kerana semasa berada di Portsmouth sebelum ini, prestasi beliau agak memberangsangkan. Kepada Pennant, jika berpindah, Selamat Berjaya dengan pasukan baru anda.


YNWA

Monday, May 25, 2009

Reds 3 Spurs 1 : Selamat Berjaya Hyypia



Kemenangan 3-1 ke atas Spurs di Anfield semalam menandakan berakhirnya musim Liga Perdana Inggeris 08/09 buat Liverpool. Kemenangan ini juga memastikan kedudukan Liverpool sebagai naib juara Liga Perdana Inggeris musim 08/09 dan kutipan 86 mata adalah yang teringgi di era penglibatan Liverpool di dalam liga ini. Liverpool juga layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan tanpa perlu menghadapi pusingan kelayakan dan terus ke undian peringkat kumpulan. Manakala kekalahan Spurs telah mengagalkan usaha mereka untuk bermain di Liga Europa musim depan walaupun Fulham tewas 0-2 kepada Everton di Craven Cottage semalam. Pengurus Spurs, Harry Redknapp pula menegaskan mereka telah kehilangan beberapa pemain utama seperti Woodgate sebelum perlawanan ini dan berada di kedudukan tempat ke 8 liga adalah sesuatu pencapaian yang cukup baik buat mereka memandangkan di mana kedudukan Spurs yang tidak menentu semasa beliau mengambilalih pasukan dari Ramos dahulu. Kemenangan Liverpool pada malam tadi telah menghasilkan rekod tanpa kalah di tempat sendiri buat julung kalinya setelah yang terakhir adalah pada 21 tahun yang lepas. Rekod tanpa kalah Liverpool di tempat sendiri juga diteruskan ke perlawanan yang ke 30 sehingga kemenangan semalam.

Perlawanan semalam juga menandakan berakhirnya karier seorang lagi lagenda Liverpool iaitu Sami Hyypia di Anfield. Hyypia mengakhiri karier 10 tahun beliau di Anfield dan akan bersama-sama Bayer Laverkusen di Bundesliga mulai bulan Julai ini. Para penonton yang memenuhi Anfield semalam memberikan penghormatan kepada beliau serta pasukan Liverpool keseluruhannya yang telah mencabar liga sehingga ke akhir musim. Walaupun penonton mahu melihat Hyypia bermula di kesebelasan utama semalam namun ianya tidak tercapai sehinggalah Hyypia masuk menggantikan Gerrard pada minit ke 83. Mungkin Rafa mahu memastikan kemenangan milik Liverpool dan barulah beliau memberi penghormatan kepada pemain pertahanan lagenda Liverpool ini. Kemasukan Hyypia hampir membuahkan gol melalui tandukan terbang beliau hasil daripada sepakan sudut Aurelio. Di akhir perlawanan, Hyypia diusung oleh rakan-rakan sepasukan beliau sebagai tanda penghargaan di atas segala jasa dan pengorbanan beliau kepada Liverpool. Penonton yang bersorak nama beliau daripada mula sehinggalah ke akhir perlawanan telah menaikkan satu bendera besar dengan nama dan gambar Hyypia sebagai tanda penghormatan kepada beliau.

Gol-gol kemenangan Liverpool telah dijaringkan oleh Torres, Benayoun dan gol sendiri oleh Alan Hutton. Gol semalam adalah jaringan ke 50 Torres untuk Liverpool di sepanjang dua musim beliau di Liverpool. Manakala gol Spurs pula dijaringkan oleh Robbie Keane di dalam penampilan pertama beliau di Anfield selepas berpindah kembali ke Spurs pada Januari lepas. Di dalam perlawanan ini, Rafa telah mengeluarkan 2 pemain pertahanan yang telah bermain semasa menang di dalam perlawanan menentang The Baggies minggu lepas. Arbeloa dan Insua digantikan oleh Aurelio dan Skrtel. Walaupun bolos di dalam perlawanan ini, Reina masih mengekalkan kedudukan bersama-sama dengan Van Der Sar dengan 21 perlawanan tanpa bolos untuk anugerah Sarung Tangan Emas. Alonso juga diturunkan di kesebelasan utama pada perlawanan ini menggantikan Lucas. Ada spekulasi yang menyatakan Alonso akan bermain di perlawanan terakhir beliau pada kali ini kerana beliau akan dijual untuk membolehkan Tevez serta Barry dibawa masuk ke Anfield. Tetapi Rafa dengan pantas menutup sebarang spekulasi dengan menyatakan Alonso tidak akan dijual pada sebarang harga kerana beliau merupakan salah seorang penggerak utama Liverpool. Kita semua berharap agar Rafa berpegang kepada kata-kata beliau kerana Alonso terlalu berharga buat Liverpool. Melepaskan beliau bermakna secara langsung akan mengurangkan kemantapan barisan tengah Liverpool. Dan diharapkan Alonso masih ingin meneruskan bakti beliau di Anfield dan peminat Liverpool masih mengharapkan sumbangan beliau di dalam perlumbaan untuk mengejar kejuaraan Liga Perdana Inggeris nanti. Dengan musim perpindahan telah bermula apabila Liga Perdana Inggeris melabuhkan tirai semalam, maka kepada semua peminat-peminat Liverpool, anda bersedia untuk menghadapi segala macam spekulasi mengenai Alonso yang saya pasti tak kunjung sudah sehingga musim bermula kembali pada bulan Ogos nanti. Saya tetap dengan pendirian saya sebelum ini, Alonso akan kekal di Liverpool tidak kira walau apapun yang berlaku.


YNWA

Sunday, May 24, 2009

Reds vs Spurs : Berakhirnya Musim Terbaik

Steven Gerrard mahu rakan-rakan sepasukannya memenangi perlawanan terakhir liga dengan Spurs sebagai penghargaan kepada semua peminat yang tanpa henti memberikan sokongan kepada Liverpool pada musim ini. Bagi Gerrard tiada yang cara yang lebih baik untuk mengucapkan terima kasih kepada semua peminat selain daripada menang pada perlawanan terakhir di Anfield. Menang dengan bergaya sebagai tanda berakhirnya musim ini dan ianya pasti akan dihargai oleh semua peminat Liverpool. Dengan Sami Hyypia dijangka membuat penampilan ke 464 dan terakhir sebagai kapten pasukan pada perlawanan ini, para peminat serta semua yg terlibat dengan Liverpool pasti akan mengucapkan selamat tinggal serta selamat berjaya kepada pertahanan lagenda ini. Pengurus Liverpool, Rafael Benitez tidak mempunyai sebarang masalah kecederaan dan hampir pasti bermula dengan barisan yang menang menentang dengan The Baggies minggu lepas dengan Lucas akan digantikan oleh Alonso. Insua kekal posisi pertahanan kiri dan Agger dijangka bergandingan dengan Carragher di pertahanan tengah. Kita pasti akan melihat kelibat Gerrard dan Torres di dalam perlawanan ini. Dengan peluang untuk mencipta beberapa rekod di dalam perlawanan terakhir ini, pasti ianya akan menjadi motivasi tambahan buat pemain-pemain Liverpool.
 
Lawan Liverpool, Spurs pula sedang bergelut mengejar tempat ke Liga Europa musim depan. Mereka berharap boleh menang di perlawanan ini dan Fulham pula tewas di dalam perlawanan mereka dengan Everton di Craven Cottage. Tapi perlu diingat, Fulham berada di kedudukan lebih baik pada masa sekarang dengan prestasi terbaik mereka buat masa sekarang. Mereka berada di kedudukan terakhir untuk layak ke Liga Europa iaitu di tangga ke 7 Liga Perdana Inggeris. Spurs pula perlu menang dengan kelebihan 5 gol ke atas Liverpool. Pengurus Spurs, Harry Redknapp akan ke Anfield tanpa khidmat Aaron Lennon yang cedera serta Wilson Palacios yang kembali ke negaranya kerana masalah keluarga. Manakala Woodgate dan Assou-Ekotto perlu ujian kecergasan pada saat akhir, Bent pula baru kembali ke latihan setelah cedera sebelum ini. Dawson, Huddlestone dan O’Hara pula di dalam senarai kecederaan jangka panjang. Sesuatu yang pasti, Robbie Keane akan mengetuai Spurs di Anfield pada kali ini. Dan para peminat pasti akan mengalu-alukan kedatangan Keane pada kali ini. Dan saya berharap beliau tidak menjaringkan gol pada perlawanan ini kerana Reina perlu memastikan gawang beliau tidak bolos untuk memenangi anugerah Sarung Tangan Emas buat kali ketiga berturut-turut.

Perlawanan yang sama di Anfield pada musim lepas berakhir dengan keputusan 2-2 dan perlawanan di White Hart Lane pada awal musim ini memihak kepada Spurs 2-1 walaupun Liverpool bermain baik pada perlawanan itu dan mendahului melalui Dirk Kuyt. Ianya merupakan salah satu daripada 2 kekalahan Liverpool di tempat lawan pada musim ini. Dan Liverpool merupakan satu-satunya pasukan yang tidak tewas di tempat sendiri pada musim ini. Saya berharap Liverpool memenangi perlawanan ini setelah tewas di White Hart Lane. Tetapi Rafa perlu berhati-hati dengan taktikal Harry Redknapp yang penuh dengan muslihat. Walaupun harapan mereka untuk ke Liga Europa agak sukar, namun jangan sesekali memandang rendah kepada Spurs. Kita perlu menang untuk menjadikannya sebagai penamat terbaik kepada musim terbaik Liverpool di Liga Perdana Inggeris.


YNWA 

Saturday, May 23, 2009

Hyypia : Sedekad Bersama Liverpool

Dengan perlawanan terakhir liga menentang Tottenham yang bakal menjelang esok, pertahanan tengah lagenda Liverpool Sami Hyypia dijangka akan membuat penampilan terakhir sebagai kapten pasukan di Anfield. Sebagai penghargaan kepada beliau, berikut adalah 10 perkara yang perlu anda tahu sebagai peminat setia Liverpool mengenai beliau. Petikan adalah daripada mirror.co.uk :

1) On October 7, 1973, Sami Tuomas Hyypiä was born to footballing parents in Porvoo and raised in Voikkaa, 100 miles north-east of Finland’s capital Helsinki.

2) Though his father, Jouko, played for Finnish team Pallo Peikot, and his mother was an amateur goalkeeper, as a youth Sami played Ice Hockey. However, his folks stepped in and helped him choose his career, pointing him the direction of the beautiful game. He said: "I guess there was only one career option for me!"

3) Hyypia started his career with Ykkonen side KuMu, where he played every position except the one he would end up excelling at – centre-back. He soon moved on to Veikkausliiga club MyPa, where he spent four years and helped them win the Finnish Cup in 1992 and 1995.

4)  In 1995 Kevin Keegan, then manager of Newcastle United, gave Hyypia – then 22 – a two-week trial. Though King Kev did not offer the 6’4” defender a contract, if certainly opened the youngster’s eyes, whet his footballing appetite and made him want to play in the Premier League.

“They certainly helped my career,” he said. “And it gave me an insight into English football. I was a young player in Finland and I didn't really expect it to lead to anything. I just went for the experience, but it was good experience and I enjoyed my time there. It helped me a lot at the time to see a big English club at close hand and I always look[ed] forward to going back."

5) It would be another four years before he would gain a full-time contract in the Premier League – in 1995 he transferred to Dutch side Willem II, where he played before his move to Liverpool. He became the team captain and helping them qualify for the UEFA Champions League. Here he gives a defensive masterclass – take note.

6) After moving to Liverpool, the team he supported as a child, in a deal worth £2.6 million, Hyypiä quickly established himself in the first team. He formed a formidable partnership with Swiss Stephane Henchoz. Within two years he was regularly skippering the side and he was named the Reds’ full-time captain in the 2001-02 season.

7) Though he lost the captaincy in 2003 to local boy Steven Gerrard, who has had the arm band ever since, he was crucial to the team when Liverpool came from 3-0 down to defeat AC Milan in the Champions League Final in 2005.

8) In April 2003 Hyypiä received a red card against Manchester United after only four minutes (United went on to win 4-0) – it is the only dismal of his career hitherto, and he will never forget it. "Ruud Van Nistelrooy was going through and maybe I took his shirt a little bit,” he confessed. “The referee thought so. I got a straight red card. They got a penalty. It was an agony to watch the game in the dressing room. The only red card of my career. You remember that sort of thing."

9) In all he has won 11 trophies – nine with Liverpool, including the Champions League, the Super Cup, the UEFA Cup, the FA Cup (twice), the League Cup (twice) and the Community Shield (twice).

10) On the international scene Hyypiä made his debut for Finland against Tunisia in November 1992, when he was 19-years old. He currently has 97 caps and five goals and is only three appearances behind Ari Hjelm, who is second in the all-time caps list behind Jari Litmanen (122). 

Sami Hyypia telah memenangi 10 piala selama sedekad (10 musim) menabur bakti bersama-sama Liverpool. Berikut adalah penghormatan yang dimiliki beliau :

1) Piala Liga 2001
2) Piala FA 2001
3) Piala UEFA  2001
4) Perisai Komuniti 2001
5) Piala Super UEFA 2001
6) Piala Liga 2003
7) Liga Juara-Juara Eropah 2005
8) Piala Super UEFA 2005
9) Piala FA 2006
10) Perisai Komuniti 2006

Selamat Berjaya kepada Hyypia di Bundesliga bersama-sama Bayer Leverkusen. Kami semua menanti kepulangan anda ke Anfield pada satu hari nanti.


YNWA

Friday, May 22, 2009

Johnson : Persaingan Rafa - Harry

Khabar terbaru dari England menyatakan pengurus Liverpool, Rafael Benitez sedang bersaing dengan pengurus Spurs, Harry Redknapp untuk mendapatkan pemain pertahanan kanan England, Glen Johnson. Redknapp yang telah lama mengikuti perkembangan Johnson, dikatakan masih berminat untuk medapatkan pemain tersebut untuk mengisi pertahanan kanan Spurs. Di bawah tunjuk ajar Redknapp semasa di Portsmouth dua tahun lalu, Johnson telah berjaya mengembangkan karier bolasepak beliau setelah perpindahan dari West Ham ke Chelsea gagal membuahkan sebarang hasil. Johnson yang berusia 24 tahun kini telah menjadi pilihan utama Fabio Capello untuk mengisi slot pertahanan kanan England. Rafa dan Redknapp memang tahu dengan keadaan kewangan Portsmouth yang semakin meruncing pasti akan memaksa mereka menjual pemain-pemain utama untuk mengatasi masalah tersebut.

Dengan yuran perpindahan sebanyak 12 juta pound yang perlu dibayar untuk mendapatkan Johnson, Liverpool pasti mempunyai kelebihan. Ini kerana Portsmouth masih berhutang 7 juta pound dengan Liverpool, hasil daripada perpindahan Peter Crouch pada musim lepas. Jika perkara ini benar, maka Arbeloa pasti akan mendapat saingan lebih sengit untuk mengisi pertahanan kanan Liverpool pada musim depan. Arbeloa perlu lebih fokus untuk meningkatkan permainan beliau kerana pada musim ini pencabar beliau, Degen hanya menjadi penghuni rumah sakit kerana lebih banyak cedera daripada cergas sepenuhnya. Keadaan ini menyebabkan tiada pencabar untuk Arbeloa kerana seorang lagi pertahanan kanan Liverpool adalah Jamie Carragher. Tetapi Carragher lebih fokus kepada pertahanan tengah dan bukan saingan sepenuhnya kepada Arbeloa. Dengan musim perpindahan yang semakin hampir dan liga pula hampir melabuhkan tirai, saya berharap pembelian Rafa pada kali ini turut meletakkan keperluan untuk mendapatkan seorang lagi pemain pertahanan kanan yang berwibawa agar posisi ini lebih kompetitif di dalam kesebelasan utama Liverpool. Penyertaan Degen pada musim lepas nyata sia-sia walaupun beliau datang secara percuma tanpa yuran perpindahan. Pemain muda berbakat Liverpool yang baru menyambung kontrak, Stephen Darby pula tidak diberi peluang langsung untuk mencabar Arbeloa pada musim ini. Atau mungkin kita akan melihat kelibat Darby pada musim depan untuk menggoncang kedudukan selesa Arbeloa? Adakah Johnson akan ke Liverpool? Sama-samalah kita nantikan skrip perpindahan musim panas Liverpool yang akan direncanakan oleh Rafael Benitez nanti.


YNWA

Thursday, May 21, 2009

Barry : Villa Tawarkan Kontrak Baru?

Semakin terdesak nampaknya Aston Villa di dalam usaha mereka untuk menghalang jeneral padang a.k.a kapten pasukan, Gareth Barry dari berpindah ke kelab lain pada musim depan. Yang terbaru dikhabarkan pengurus Villa, Martin O’Neill dalam usaha terakhir telah menawarkan kontrak baru kepada Barry yang dilaporkan bernilai 80 ribu pound seminggu untuk kekal di Villa. Tawaran ini dikatakan telah memecahkan struktur gaji Villa dimana pemain yang mempunyai pendapatan tertinggi sekarang ialah Ashley Young dengan 56 ribu pound seminggu. Barry masih mempunyai baki setahun di dalam kontrak 48 ribu pound seminggu yang diterima beliau sekarang. Harapan O’Neill agar tawaran ini dapat menjauhkan Barry daripada Liverpool yang dikatakan masih berminat dengan beliau. Untuk rekod, Liverpool telah melancarkan 4 bidaan pada musim lepas untuk membawa Barry ke Anfield namun semuanya telah ditolak oleh Villa. Jumlah yang ditawarkan Villa ini juga dikatakan hampir dengan jumlah yang akan diterima Barry jika beliau berpindah ke Anfield. Dengan tawaran kontrak baru ini ditambah dengan peluang untuk kesebelasan utama dan menjadi kapten pasukan serta satu perlawanan testimonial, pengurusan Villa masih berharap Barry akan kekal di Villa Park, tempat dimana beliau mula-mula membuat penampilan untuk Villa pada 1998. O’Neill juga dikatakan sanggup melepaskan harga perpindahan 9 juta pound untuk Barry jika beliau berpindah pada musim ini dengan memastikan Barry bermain di Villa pada tahun terakhir kontraknya dan O’Neill akan melepaskan Barry dengan percuma melalui peraturan Bosman pada hujung musim depan.

Villa nampaknya masih cuba menghalang Gareth Barry daripada menyertai kelab lain di Liga Perdana Inggeris. Seperti yang kita semua sedia maklum, kelab yang yang paling kerap dikaitkan dengan perpindahan beliau adalah Liverpool. Mengungkap kembali kisah pada musim panas yang lepas, Barry memang amat berminat untuk berhijrah ke Liverpool dan Villa telah menghalang perpindahan ini dengan meletakkan harga yang tidak munasabah iaitu kira-kira 18 juta pound. Tuntutan ini tidak dipenuhi Liverpool yang telah datang dengan 4 kali bidaan dan yang terakhir dianggarkan berjumlah 16 juta pound. Barry amat kecewa dengan Villa yang enggan bertolak ansur dengan Liverpool dan membenarkan beliau untuk berpindah. Ini telah menyebabkan Barry mengadakan pertemuan dengan pengurus Villa, O’Neill. Dan hasilnya, Barry telah bersetuju secara lisan untuk kekal semusim lagi di Villa dengan beberapa syarat tertentu. Jika Villa berjaya layak ke Liga Juara-Juara Eropah maka Barry akan setuju untuk terus kekal dengan mereka. Jika tidak, O’Neil dan Villa harus menepati janji mereka untuk melepaskan Barry berpindah ke pasukan lain. Musim ini sudah hampir ke penghujung dan Villa telah gagal untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan setelah bermula dengan baik sehingga pertengahan musim. Mereka gagal mengekalkan persembahan tersebut dan mengalami kemerosotan prestasi hingga ke akhir musim. Villa hanya berjaya melayakkan diri ke Liga Europa pada musim depan dan ini tidak cukup untuk memenuhi impian Barry. Disebabkan perkara ini, Barry dikatakan mahu meneruskan hasrat beliau untuk berpindah ke kelab lain kerana ingin mencapai impian bermain di Liga Juara-Juara Eropah sebelum bersara dari bolasepak. Hanya 4 kelab terbaik di England yang mampu memenuhi impian beliau tersebut.

Pada pendapat saya, bukan soal gaji yang menjadi masalah kepada Barry kerana beliau pasti akan mendapat habuan seperti yang ditawarkan Villa jika berhijrah ke kelab lain. Keinginan Barry untuk bermain di Liga Juara-Juara Eropah akan menentukan ke mana hala tuju karier bolasepak beliau. Ke Liverpool? Hanya sekadar desas desus setakat ini yang kita dengar. Jika benar, pasti Barry akan menawarkan lebih pilihan kepada Rafa dengan variasi permainan beliau. Ditambah dengan rakan baiknya, Gerrard yang menjadi tonggak di Anfield, Barry pasti berminat untuk ke Liverpool. Cuma saya masih berharap agar Rafa tidak melepaskan Alonso yang merupakan pemain terbaik Liverpool pada musim ini untuk mendapatkan dana bagi membiayai perpindahan Barry. Seboleh-bolehnya kita mahu kedua-dua pemain tengah ini bergandingan menerajui bahagian tengah Liverpool. Dengan peraturan 6+5 UEFA yang mungkin akan diperkenalkan dan gandingan mantap Gerrard-Barry di skuad England, pasti Rafa tidak akan menutup sebelah mata kepada Barry. Yuran perpindahan 9 juta pound pasti mampu dibayar oleh Liverpool dan diharap kehadiran Barry (jika dibeli tanpa mengorbankan Alonso!) akan mampu memantapkan lagi cabaran Liverpool untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim depan.


YNWA

Wednesday, May 20, 2009

Kuyt : Musim Berlalu Dengan Pantas

Itulah pendapat yang dinyatakan oleh Dirk Kuyt a.k.a Marathon Man Liverpool. Beliau pasti Liverpool akan lebih hampir kepada kejuaraan Liga Perdana Inggeris jika masih ada sebulan lagi sebelum musim berakhir. Kuyt juga pasti yang Liverpool akan terus memberikan saingan yang lebih sengit pada musim depan. Menurut Kuyt, prestasi Liverpool pada musim ini telah membuktikan bahawa Liverpool berada di landasan terbaik untuk merebut kejuaraan liga pada musim depan. Amat memeritlkan buat Kuyt kerana musim telah hampir berakhir pada kali ini. Peningkatan prestasi Liverpool semenjak beberapa bulan kebelakangan ini turut menyakinkan Kuyt perebutan untuk gelaran ke 19 liga pada musim pasti akan lebih sengit.

Dirk Kuyt pada pendapat saya merupakan antara pemain yang paling ketara peningkatan beliau pada musim ini. Beliau juga adalah antara pemain yang mempunyai stamina yang cukup tinggi ketika berada di atas padang. Hampir keseluruhan kawasan padang akan dipijak oleh beliau di dalam sesuatu perlawanan. Saya masih ingat pada awal musim ini, persembahan yo-yo beliau di kesebelasan utama Liverpool telah mengundang banyak kritikan dari pelbagai pihak. Malah pada satu ketika beliau digelar anak emas Rafa walaupun semasa permainan beliau tidak menunjukkan peningkatan tetapi masih mengisi kesebelasan utama Liverpool. Namun Kuyt tidak memandang ke belakang dan beliau telah membalas kepercayaan pengurus Liverpool, Rafael Benitez dengan persembahan yang cukup konsisten di bahagian sayap kanan Liverpool. Posisi dimana beliau diarahkan untuk bertukar daripada posisi asal beliau iaitu penyerang. Dengan 15 gol yang dijaringkan oleh beliau setakat ini (tanpa tendangan percuma dan penalti) dan jaringan terbaru ketika menang 2-0 ke atas West Brom ahad lalu, Kuyt telah berjaya bangkit daripada keadaan yang menyebabkan prestasi beliau terumbang-ambing pada musim lepas iaitu peristiwa kematian bapanya. Saya masih ingat pada musim lepas, Rafa juga telah memberi masa kepada Kuyt untuk mengatasi kesedihan beliau dan nyata Kuyt tidak menghampakan Liverpool. Kontrak tambahan 2 tahun lagi yang baru ditandatangani oleh Kuyt juga menunjukkan beliau amat komited untuk membantu Liverpool merampas kejuaraan liga. Kontrak itu juga sebagai balasan daripada kelab kepada Kuyt diatas segala penat lelah serta usaha beliau untuk memenangi perlawanan buat Liverpool. Kepada Kuyt, teruskan usaha anda kerana anda telah buktikan anda memang layak untuk bermain di kesebelasan utama Liverpool.


YNWA

Tuesday, May 19, 2009

Carragher : Kami Akan Kembali Musim Depan

Kami pasti akan kembali dengan lebih mantap musim depan dan akan merampas kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Itulah azam pertahanan kental Liverpool, Jamie Carragher apabila beliau diajukan soalan mengenai peluang Liverpool untuk menjuarai liga pada musim depan. Menurut Carragher, memang sukar untuk memenagi Liga Perdana Inggeris kerana terdapat 4 pasukan terbaik dan ditambah dengan Barcelona maka terkumpullah 5 pasukan terbaik di Eropah buat masa sekarang. Itulah realiti yang harus dihadapi oleh Liverpool jika berhajat untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris. Carragher juga berpendapat jika dilihat secara statistik, pencapaian Liverpool adalah mengagumkan dengan hanya kalah 2 kali dan menjaringkan lebih banyak gol berbanding pasukan lain di Liga Perdana Inggeris pada musim ini. Dan pencapaian ini harus diteruskan dengan lebih baik pada musim hadapan.

Mengenai percakaran beliau dengan Arbeloa di tengah padang semasa perlawanan menentang West Brom ahad lalu di The Hawthorns, Carragher menyatakan beliau telah menyelesaikan dan berbaik-baik dengan Arbeloa tentang perkara tersebut. Fokus mereka sekarang adalah kepada perlawanan terakhir menentang Tottenham di Anfield pada hujung minggu nanti. Carragher mahu menang tanpa bolos dan membantu penjaga gol Jose Reina memenangi anugerah Sarung Tangan Emas buat kali ketiga berturut-turut musim ini.

Sungguh tinggi azam penolong kapten Liverpool yang berasal dari Bootle ini. Beliau memang terkenal dengan sikap tegas serta serius semasa di atas padang semenjak dari mula-mula menyarung jersi Liverpool lagi. Diharap semangat dan keazaman tinggi beliau boleh dijadikan contoh terbaik oleh pemain-pemain lain bagi mengakhiri penantian Liverpool untuk gelaran ke 19 pada musim depan. Terharu juga apabila beliau mengumumkan persaraan dari menyarung jersi England di peringkat antarabangsa dan mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada kariernya di Liverpool. Pemain yang sentiasa memberikan 101% komitmen setiap kali menyarung jersi Liverpool, itulah Jamie Carragher yang kita semua kenali.


YNWA

Perjumpaan MY-LIVERPOOLFC



Kepada semua rakan-rakan peminat Liverpool, forum my-liverpoolfc akan mengadakan perjumpaan pada perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham. Butiran perjumpaan adalah seperti di atas. Datanglah beramai-ramai ke perjumpaan ini bagi mengeratkan lagi silaturahim di antara para peminat Liverpool Malaysia. Di bahagian atas posting ini, saya sertakan imej pelekat kereta my-liverpoolfc yang akan dijual pada harga RM6 semasa perjumpaan itu nanti. Jumpa anda semua di sana.


YNWA

Monday, May 18, 2009

The Baggies 0 The Reds 2 : Tugas Disempurnakan


Lambat panas enjin agaknya jentera Liverpool di dalam perlawanan menentang The Baggies di The Hawthorns. Dengan perlawanan yang sebahagiannya dikuasai oleh Baggies, hanya ketajaman penyudah oleh Kapitan Gerrard dan Kuyt yang memisahkan kedua-dua pasukan pada kali ini. Dengan kemantapan di bahagian pertahanan dan kecekapan Reina yang berjaya menyerap serangan bertali arus dari Baggies bermula dari wisel mula ditiup oleh pengadil perlawanan, Martin Atkinson. Memang seperti yang dijangka apabila turun menentang pasukan yang bergelut di bahagian bawah liga, mereka bermain bersungguh-sungguh untuk memastikan status di dalam Liga Perdana Inggeris. Pasukan yang mengamalkan corak serangan dari awal musim ini di bawah pengurus, Tony Mowbray telah mengekalkannya pada perlawanan ini. Serangan bertali arus dengan beberapa percubaan bahaya dari Greening serta Fortune hampir menembusi pintu gol Liverpool. Fortune turut berjaya menjaringkan gol pada separuh kedua tetapi jaringan tersebut tidak dikira kerana offside. Namun ketumpulan serta kegagalan menyempurnakan peluang terhidang pada kali ini telah mengakibatkan Baggies mengesahkan status mereka di Liga Championship pada musim depan. Kali ketiga mereka berada di dalam keadaan sedemikian setelah turun naik liga selama 7 tahun. Baggies nyata tidak dapat mengulangi sejarah pada 2005, di mana mereka berjaya menyelamatkan diri pada hari terakhir perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Liverpool dengan beberapa pertukaran pemain di dalam perlawanan ini, menurunkan Agger, Insua serta Lucas menggantikan Skrtel Aurelio dan Alonso (yang masuk pada separuh kedua menggantikan Mascherano pada separuh masa kedua). Gerrard mengambil peluang sepenuhnya hasil kesilapan Martis ntuk menewaskan penjaga gol Baggies, Kiely untuk gol pertama Liverpool. Jaringan ke 24 Gerrard pada musim ini dan merupakan jumlah jaringan terbaik oleh kapten Liverpool untuk semusim. Kuyt menjaringakan gol kedua pada separuh kedua hasil umpanan dari tengah padang oleh Gerrard. Torres semenjak kebelakangan ini semakin menjadi mangsa kawalan ketat oleh pertahanan lawan. Mungkin ini adalah petanda Liverpool perlu membeli pemain serangan untuk musim depan dan mengurangkan beban Torres. Sedikit insiden di antara Carragher dan Arbeloa agak mencacatkan persembahan Liverpool pada perlawanan ini. Mereka berdua kelihatan bertikam lidah dan tolak menolak antara satu sama lain sebelum diredakan oleh Alonso. Mungkin Carragher agak berang dengan permainan Arbeloa yang kelihatan sambil lewa pada malam ini. Carragher juga kelihatan banyak memintas bola kerana banyak juga bola lintang dari Baggies adalah dari bahagian kanan pintu gol Liverpool. Tapi janganlah sampai bergaduh sesama sendiri kerana kita semua berada di dalam satu pasukan. Mereka berdua telah ditenangkan oleh pengadil perlawanan selepas insiden tersebut. Selepas perlawanan, Carragher telah menerangkan punca berlakunya insiden tersebut, menurut beliau adalah penting untuk barisan pertahanan tidak membuat sebarang kesilapan kerana Liverpool tidak boleh bolos pada perlawanan ini untuk membolehkan penjaga gol Liverpool, Jose Reina mengekalkan Sarung Tangan Emas buat 3 kali berturut-turut. Tambah Carragher lagi, walaupun telah terlepas gelaran liga tetapi masih ada beberapa anugerah individu yang boleh dicapai oleh Liverpool. Reina terikat 21 perlawanan tanpa bolos dengan Van Der Sar. Perlawanan minggu depan menentang Spurs di Anfield merupakan peluang untuk menambahkan jumlah tersebut jika Liverpool berjaya mengekang Spurs dari menjaringkan gol. Van Der Sar juga besar kemungkinan akan direhatkan dengan tumpuan beliau lebih terarah kepada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Dengan kemenangan 2-0 ke atas Baggies ini, Liverpool telah mengukuhkan lagi kedudukan di tempat kedua liga dan musim ini telah mencatat kutipan mata terbaik buat Liverpool di sepanjang penglibatan di dalam Liga Perdana Inggeris. 83 mata yang dikutip setakat ini telah mengatasi kutipan 82 mata pada musim 05/06 semasa musim kedua Rafa membimbing Liverpool. Bonus untuk Liverpool dimana kita tidak perlu melalui pusingan kelayakan di dalam Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan dengan kedudukan liga sekarang ini. Perkembangan positif buat Liverpool pada musim ini dan diharap kita mampu memberikan cabaran lebih sengit untuk musim depan. Dengan persiapan untuk musim depan telah awal-awal lagi dimulakan oleh Rafa, pertarungan untuk merebut juara liga ke 19 pasti akan menjanjikan sesuatu yang menarik buat Liverpool.


YNWA

Sunday, May 17, 2009

Alonso : Liverpool Selamanya

Saya tidak pasti samada akan-rakan peminat semua sudah bosan dengan permainan teka-teki serta spekulasi mengenai kedudukan salah seorang jeneral padang Liverpool, Xabi Alonso pada musim depan. Terlalu banyak desas-desus mengenai beliau samada di media serta internet semenjak kebelakangan ini. Malah saya serta rakan-rakan blogger yang lain telah banyak mengulas mengenai perkara ini. Yang pasti, kita semua mahu Alonso kekal di Liverpool. Berita terbaru, Alonso telah mengeluarkan kenyataan di media mengenai kedudukan beliau di Anfield. Alonso masih komited dengan Liverpool dan masih mahu menabur bakti di Anfield di musim depan iaitu musim keenam beliau bersama-sama Liverpool. Malah beliau tidak mahu lagi dijadikan umpan oleh Rafa untuk mendapatkan pemain baru sepertimana yang berlaku pada musim lepas. Berikut adalah kenyataan dari Alonso yang dipetik dari soccernet.com :

"Time flies. I have already been here for five years, and it has gone so fast.
"There have been ups and downs, but I have tried to enjoy and learn from every situation. I have developed into a much better player and person.
"A lot of things have changed for me during my time here and now I am looking forward to my sixth season as a Liverpool player.''
The Spain international said: "I have seen this kind of situation so many times in my career. It is just rumours and you can't be talking about them because there is nothing more than this so far.
"It is more important at this time to think of how we can be even better and this means keeping the good basis that we have settled on this season and by trying to go a little bit further.
"And we need to start taking three points from games when we are not at our best, this will make a big difference at the end of a season.''
Alonso has been heralded as one of the Reds' best players this season by fans and pundits alike.
He added: "It has been a complete season for me.
"I have felt good and feel I have been playing well, too. I have been very happy and want to carry that through our final few games of the campaign.
"I finished last season well and was able to continue that with Spain at Euro 2008. That continued into this season and I feel I have been at a very good level for about 12 or so months now.
"Now I have to try to carry that on into next season. It's not about what you have done, but what you have to do.''

Saya percaya yang Alonso akan tetap kekal di Liverpool walaupun kedudukan beliau yang dikatakan akan terjejas dengan kehadiran Gareth Barry di bahagian tengah Liverpool. Barry merupakan pelengkap kepada bahagian tengah Liverpool dan beliau akan memberikan lebih pilihan kepada Rafa untuk merencanakan sebarang taktikal yang melibatkan bahagian tengah Liverpool dikala berhadapan dengan masalah kecederaan, penggantungan serta jadual antarabangsa pemain. Kita mahu melangkah ke hadapan dan persoalannya kenapa perlu dikorbankan sesuatu yang telah lengkap kepada corak permainan Liverpool? Tepuk dada, tanyalah selera.


YNWA

Saturday, May 16, 2009

The Reds vs The Baggies : Tiga Mata Jadi Rebutan

Seperti kata Rafa, persaingan untuk gelaran Liga Perdana Inggeris masih belum tamat selagi secara matematiknya Liverpool masih belum terkeluar dari persaingan. Walaupun hanya satu mata yang diperlukan oleh pendahulu liga namun mengalah tidak sama sekali. Sebarang perkara boleh berlaku dan kita tidak boleh terus mengenepikannya. Bagi saya, menjadi juara atau tidak, saya tetap akan bersama-sama Liverpool dan sokongan saya tidak akan berbelah bagi. Matlamat untuk berada di dalam persaingan liga telah berjaya kita lakukan sehingga penghujung musim dan saya berharap pengalaman ini akan digunakan sepenuhnya oleh para pemain Liverpool untuk meneruskan cabaran bagi musim depan. Mentaliti juara itu telah ada di fikiran para pemain Liverpool dan hanya menunggu masa untuk direalisasikan.

Berbalik kepada perlawanan Liga Perdana Inggeris pada pada Ahad ini, menentang West Brom a.k.a The Baggies di The Hawthorns. Walaupun rekod menunjukkan skuad Baggies ini telah tewas 7 perlawanan terakhir dengan Liverpool, bolos 22 gol dan tiada sebarang jaringan namun Liverpool perlu berhati-hati dengan pasukan yang turut bergelut di tangga terbawah liga buat masa sekarang. The Baggies telah merakamkan 2 kemenangan di dalam 3 perlawanan terakhir mereka dan yang paling baru menewaskan Wigan 3-1 di gelanggang mereka ini. Signifikan perlawanan ini adalah The Baggies perlu menang untuk mereka melakukan keajaiban untuk kekal di Liga Perdana Inggeris dengan harapan Newcastle dan Hull turut tumbang pada perlawanan minggu ini. Manakala Liverpool pula perlu menang untuk sekurang-kurangnya mengekalkan kedudukan kedua liga. The Baggies perlu menghalang rekod kekalahan mereka dengan Liverpool, jika tidak mereka akan menjadi kelab ke 24 yang tersingkir dari Liga Perdana Inggeris setelah hanya semusim bersaing di dalam liga. Manakala Liverpool telah menang 8 daripada 9 perlawanan terakhir dan sasaran The Reds adalah untuk mendapatkan kutipan mata terbanyak di sepanjang penglibatan di dalam Liga Perdana Inggeris.

Di dalam senarai The Baggies, terdapat beberapa pemain yang berbakat seperti Brunt, Greening, Fortune, Cech, Olsson, Valero dan tidak dilupakan bekas penjaga gol Liverpool Scot Carson. Mereka semua ini perlu diberi perhatian terutama sekali Brunt dan Fortune yang mampu menjaringkan gol untuk mereka. Pengurus The Baggies, Tony Mowbray juga terkenal sebagai seorang pengurus yang gemar untuk bermain secara menyerang berbanding lebih kepada bertahan jika berdepan dengan pasukan-pasukan utama liga. Jadi kita boleh mengharapkan perlawanan yang lebih terbuka untuk kedua-dua pasukan pada hari Ahad ini.
 
Di pihak Liverpool, tiada kecederaan dilaporkan dan kembalinya Xabi Alonso ke dalam kesebelasan utama diharapkan dapat memantapkan lagi bahagian tengah Liverpool. Tidak banyak perubahan dari kesebelasan utama yang menentang skuad Tukul Besi minggu lepas dengan Torres dan Mascherano juga dilaporkan cergas sepenuhnya untuk bermain. Mungkin kita boleh melihat Agger bermain menggantikan Skrtel di pertahanan tengah. Kapitan Gerrard buat pertama kalinya akan mengetuai Liverpool sebagai Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Bolasepak England dan diharapkan beliau bersama-sama rakan sepasukannya mampu membawa pulang 3 mata penuh pada perlawanan kali ini.


YNWA

Friday, May 15, 2009

Downing : Liverpool Atau Spurs?

Beberapa hari yang lalu, ketika sedang menikmati minum petang bersama rakan-rakan, terkeluarlah cerita mengenai Stewart Downing, pemain sayap kiri berbakat England yang masih setia bersama-sama kelabnya, Middlesborough. Downing yang diberitakan pada musim lepas telah memohon untuk berpindah dari Boro namum permintaan beliau itu telah dinafikan oleh kelab. Setelah perbincangan diadakan dengan pengurus Boro, Gareth Southgate, Downing telah bersetuju untuk kekal semusim lagi bersama-sama mereka. Di dalam perbincangan saya bersama rakan-rakan pada petang itu, semua bersetuju Downing perlu berpindah kelab jika beliau mahu memajukan kariernya serta mahu memperkukuhkan kedudukan beliau bersama-sama England di peringkat antarabangasa. Dengan Boro yang kini berada di ambang penyingkiran dari Liga Perdana Inggeris pada musim ini, maka spekulasi mengenai kedudukan Downing kembali mewarnai media serta internet. Salah satu pasukan yang dikatakan amat berminat untuk mendapatkan beliau adalah Liverpool.

Menurut laporan akhbar tabloid Inggeris, The Daily Mail, Liverpool telah kembali menumpukan perhatian kepada Downing baru-baru ini. Pemain sayap kiri ini telah beberapa kali dikaitkan dengan perpindahan dan Liverpool serta Tottenham yang dikatakan paling berminat untuk mendapatkan khidmat beliau. Dengan Pengurus Liverpool, Rafael Banitez yang mahu memperkuatkan bahagian sayap skuadnya untuk musim depan selepas mendapatkan Albert Riera sebelum ini. Boro telah ditawarkan 12 juta pound oleh Liverpool bagi mendapatkan pemain yang berusia 24 tahun ini. Downing sehingga kini mempunyai 23 kali penampilan untuk England di peringkat antarabangsa serta menjaringkan 22 gol di dalam 233 penampilan di peringkat kelab untuk Boro. Juga terdapat juga spekulasi yang menyatakan Rafa turut berminat dengan sayap kanan Tottenham, Aaron Lennon tetapi sebarang usaha mendapatkan Lennon dihentikan seketika kerana Rafa telah berpuas hati dengan prestasi Dirk Kuyt yang telah bertukar posisi daripada penyerang kepada sayap kanan.

Nampaknya dengan berita ini telah mengukuhkan lagi pendapat kita semua yang Rafa turut memburu pemain-pemain England untuk beraksi di dalam skuad Liverpool. Mungkin ianya sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang perubahan peraturan yang akan dilakukan oleh UEFA. Downing merupakan antara pemain sayap yang paling konsisten di Liga Perdana Inggeris. Yang menariknya tentang beliau ialah posisi yang diisinya ialah sayap kiri iaitu antara posisi yang memang sukar untuk diisi oleh pemain-pemain yang konsisten. Situasi Downing ini hampir sama dengan Barry, jika Rafa berjaya mendapatkan kedua-dua pemain ini pasti bahagian tengah Liverpool akan bertambah mantap. Saingan daripada Tottenham untuk mendapatkan beliau? Saya pasti Downing lebih tahu kelab mana yang lebih stabil dan akan dapat memenuhi cita-cita beliau sebagai pemain bolasepak di peringkat kelab mahupun di peringkat antarabangsa.



YNWA